Penjara 10 tahun, denda RM970 juta, 10 fakta mengenai Rosmah Mansor

NAMA Datin Seri Rosmah Mansor menjadi ‘trending’ di laman sosial selepas isteri bekas Perdana Menteri itu didapati bersalah tiga pertuduhan rasuah, dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan denda RM970 juta.

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 30 tahun dan denda RM970 juta, atau penjara 10 tahun, ke atas Datin Seri Rosmah Mansor selepas beliau didapati bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Baca juga: “My family, my love.”- Titipan Najib Razak buat keluarga mengundang sebak warga maya

Baca juga: Tinggal anak, isteri, ini kronologi kes bekas Perdana Menteri pertama ke penjara

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan. Bagaimanapun, Rosmah, hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana Hakim Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.

Iklan
Iklan

Beliau dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin, yang ketika itu Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor, sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion itu.

10 fakta mengenai Rosmah Mansor:

Kredit foto: Instagram @yananajib

1- Beliau dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 10 Disember 1951.

2- Rosmah mendapat pendidikan menengah di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan.

3- Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan meraih ijazah sarjana muda dalam bidang antropologi dan sosiologi.

Baca juga: #SiBibirMerah: Teguran Ustazah Asma’ usah sangat gembira atas musibah orang lain, doakan sesama umat Islam

Baca juga: Najib berharap dapat bertemu pakcik tular yang berdoa di luar masjid ketika pengebumian bonda

4- Selepas menamatkan pengajian, beliau bertugas sebagai eksekutif di Bank Pertanian Malaysia pada tahun 1975.

5- Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Sains dalam sosiologi dan pertanian di Universiti Negeri Lousiana, Amerika Syarikat.

6- Sekembalinya ke Malaysia pada tahun 1983, beliau bekerja sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan.

Kredit foto: Instagram @yananajib

7- Hasil perkahwinan dengan Datuk Seri Najib, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Norashman dan Nooryana Narjawa.

8- Rosmah memiliki dua orang anak daripada perkahwinan pertama iaitu Riza dan Azrene Soraya.

9- Beliau menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat Persuratan dari Universiti Curtin, Australia atas usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan awal kanak-kanak menerusi program Permata Negara.

Kredit foto: Instagram @yananajib

10- Semasa Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia (3 April 2009 hingga 9 Mei 2018), beliau menyokong pelbagai perkara berkaitan dengan hal ehwal wanita, sukan, kesihatan dan pendidikan awal kanak-kanak. Beliau juga pernah mencurahkan bakti sebagai:

  • Presiden Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI),
  • Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia
  • Pengerusi Jawatankuasa Kerja Permata Negara.
  • Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
  • Penaung Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia
  • Penaung Persatuan Talasemia Malaysia
  • Penaung Persatuan Alam Malaysia
  • Penaung Persatuan Orang Cacat Ortopedik Malaysia
  • Penaung Majlis AIDS Malaysia
  • Penaung Yayasan Institut Jantung Negara
  • Penaung Persatuan Kebajikan Atlet Kebangsaan dan Yayasan Pembangunan Kanak-Kanak Kurang Bernasib baik

Baca juga: 13 tahun ambil jurusan perubatan, ibu dedah keistimewaan anak- “3 tahun boleh baca 1 bab buku”

Sumber: Bernama, 1

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Share
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

21 mins ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

19 hours ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

21 hours ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

23 hours ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

1 day ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

1 day ago