“Terbaik abang polis” – polis trafik kendong warga emas pengsan tepi jalan, warganet tersentuh

PERANAN dan tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sahaja tertumpu pada masalah jenayah, mengawal lalu lintas dan menjaga ketenteraman awam.

Bahkan, badan penguat kuasa itu juga sentiasa bersedia menyumbang bakti berkhidmat untuk masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengira pangkat, bangsa, agama dan latar-belakang.

Situasi tersebut antaranya dapat dilihat menerusi perkongsian laman sosial Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Artikel berkaitan: [VIDEO] Pocong Goyang Badan, Geleng Kepala, Ganggu Abang Polis Di SJR

Dalam hantaran itu dimuat naik tiga keping foto memaparkan keprihatinan polis trafik mengendong seorang warga emas di Jalan Sungai Ujong, Seremban, Negeri Sembilan.

POLIS trafik mengendong seorang warga emas berusia 80 tahun dipercayai pengsan di Jalan Sungai Ujong, Seremban.

Difahamkan, warga emas tersebut pengsan di lokasi sebelum diberi bantuan oleh pasukan polis trafik terbabit.

“Demi tanggungjawab dan amanah yang dipikul, keselamatan masyarakat sentiasa diutamakan tidak kira di mana anda berada.

“Sarjan Omar, Koperal Jamsari, Lans Koperal Amir dan Lans Koperal Akma daripada Unit Penguatkuasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Daerah Seremban memberi bantuan kepada seorang warga emas berusia 80 tahun dipercayai pengsan di Jalan Sungai Ujong, Seremban.

“Keperihatinan dan keselamatan masyarakat pengguna menjadi keutamaan JSPT PDRM,” tulis hantaran itu.

Selain itu, turut dimaklumkan bahawa warga emas terbabit telah selamat dihantar pulang ke rumah keluarganya.

Tanggjungjawab sosial dan kasih sayang yang dipamerkan anggota trafik bertugas itu secara tidak langsung membuatkan warganet terharu dan menzahirkan penghargaan.

Artikel berkaitan: Wanita Berkasar Polis Direman, Pakaian, Telefon Bimbit Dirampas

Antara komen dikongsikan warga maya:
– “Pegawai dan anggota polis yang harus dijadikan contoh dan teladan pada anggota yang lain. Tidak kiralah apa pangkat sekalipun. Terbaik tuan-tuan.”

– “Terbaik abang polis.”

– “Contoh terbaik PDRM.”

– “Semoga Tuan dan keluarga sihat bahagia.”

– “I love you PDRM…”

Share
Izyan Liyana

 

Published by
Izyan Liyana

Recent Posts

Redza Syah Azmeer kongsi gambar bernikah lagi, status Irma Hasmie jadi tanda tanya. ‘Perjalanan baharu telah bermula…’

RUMAH tangga pelakon dan hos terkenal, Irma Hasmie kembali menjadi perhatian apabila suaminya, Redza Syah…

3 hours ago

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

1 day ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

2 days ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

2 days ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

2 days ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

2 days ago