OKTOBER lalu, pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim telah melancarkan Yayasan Rizalman Ibrahim atau dikenali Yayasan RI dan Pusat Pengajian Al-Qari pada hari ulang tahun kelahirannya.

Memandangkan ketika itu negara masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelancaran Yayasan RI itu dibuat secara virtual iaitu melalui video ‘live’ di Instagram miliknya.

Mengimbau kembali bagaimana Datuk Rizalman boleh membuka pusat itu untuk cawangan Johor, rupanya perancangan sebenar pembukaan Yayasan RI itu adalah pada bulan Mei 2020.

Kongsinya, ia bermula ketika ada pasangan ustaz dan ustazah yang mengendalikan pusat pentadbiran pengajian Al-Quran mengatakan berdepan masalah mendalami ilmu itu sewaktu pandemik Covid-19.

Bermula daripada itu, Datuk Rizalman meminta ustaz dan ustazah tersebut mencari sebuah tempat di mana semua pembiayaan ditanggung beliau.

Matlamat dan hasrat sebenar penubuhan RI adalah untuk membuka Pusat Pengajian Al-Qari di seluruh negara.

Apa yang sangat menarik adalah kelas bimbingan al-Quran secara percuma kepada golongan dewasa turut ditawarkan di situ.

Seperti yang dikongsikan seorang pengguna Twitter @Wo_Aliena baru-baru ini Pusat Pengajian Al-Quran Al-Qari terletak di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang bersebelahan Soto Station.

Katanya, warga Johor selain Pasir Gudang turut boleh sertai pusat perngajian berkenaan terutama yang paling berdekatan seperti Johor Bahru dan Masai

Iklan

Baca juga [VIDEO] Sedihnya, niat hati nak gembirakan isteri dengan kereta baharu, lain pula jadinya…

Menurutnya, tiada yuran dan hanya untuk golongan yang berumur 18 tahun ke atas.

Iklan

“Untuk permulaan di situ akan dibuat saringan. Ia terbahagi pada tiga kelas. Lemah, baik dan memuaskan. Jadi, jika masuk kelas kita akan duduk bersama dengan orang yang sama level dengan kita,” tulisnya.

Maklumat lanjut boleh dapatkan di IG Datuk Rizalman atau @dar_alqari atau hubungi +6013-7337288

Jadi, jangan tunggu lagi korang! Bukan senang nak jumpa pusat ngaji yang percuma seperti ini.