RM30-RM90 sekali langgan, berbau dan kotor, ini keadaan ‘Rumah Merah’ lokasi pelacuran ketika diserbu

PELACURAN adalah salah satu kebejatan sosial yang seharusnya tidak berlaku di negara kita.

Bagaimanapun, selagi ada permintaan, kegiatan tidak bermoral itu terus berjalan di lokasi-lokasi ‘panas.’

Bayaran lumayan menjadi pendorong ribuan wanita warga asing menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan menjalankan aktiviti persundalan.

Baca juga: Selepas Omicron, Muncul Pula Florona, Berikut 8 Info Mengenainya

Dalam usaha membanteras, pihak imigresen memantau warga asing yang masuk ke dalam negara ini. Ini kerana terdapat kes yang mana warga asing yang datang ke Malaysia untuk melancong tetapi sebaliknya terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

Banyak sindiket yang menggunakan jalan mudah ini secara berterusan sebagai laluan utama dalam menjalankan kegiatan pelacuran.Ia juga dipercayai dapat mengelak kegiatan mereka daripada dihidu dan seterusnya mengaburi pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

7 WARGA ASING DICEKUP

Aktiviti tidak bermoral ini mungkin tabu bagi sesetengah daripada kita. Namun hakikatnya ‘perniagaan haram’ itu benar-benar wujud.

Pendedahan akan kewujudannya amat menakutkan, seperti yang berlaku di ‘Rumah Merah’ di Jalan Silang, Kuala Lumpur yang telah diserbu Jabatan Imigresen baru-baru ini.

Tiga wanita warga Indonesia, dua wanita warga India dan seorang lelaki penjaga premis warga Nepal termasuk seorang pelanggan warga Myanmar dicekup.

 

Baca juga: Anak pelik urusan nikah jadi rumit, bongkar rahsia ibu ayah bersekedudukan hingga 7 zuriat

WARGA TEMPATAN TURUT DITEMUI

Tidak hanya warga asing, dua pekerja wanita tempatan  turut  bersama dua lelaki tempatan yang merupakan pelanggan turut diberikan notis untuk memberi keterangan.

Imigresen turut menceritakan detik-detik operasi yang dijalankan dalam pada jam 3.30 petang itu.

Operasi di rumah pelacuran oleh pihak berkuasa tidak semudah yang korang sangka. Seperti di Jalan Silang ini, penjaga premis bertindak mengunci pintu dan tidak memberi kerjasama.

Malah cubaan membuka dan mengumpil pintu oleh Imigresen juga tidak berjaya hingga pihak berkuasa perlu memecahkan dinding untuk masuk.

KOTOR, BERBAU

Rakaman foto yang dikongsi daripada serbuan itu membuka mata masyarakat tentang realiti kewujudan pelacuran.

Beroperasi pada ruang yang diubahsuai secara haram, ruang ‘Rumah Merah’ terdiri daripada bilik-bilik melayan pelanggan dan laluan rahsia.

Suasana di dalamnya juga didapati suram, hanya diterangi lampu berwarna merah. Bahkan, ruang sempit itu berbau dan kotor.

 

YURAN RM25 SEHARI

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataannya berkata premis itu beroperasi bermula dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

Melalui pengakuan salah seorang pekerja, setiap pekerja wanita menerima 10 hingga 12 orang pelanggan sehari dan lebih pada hujung minggu!

Menurut pekerja itu lagi, setiap pekerja dikenakan yuran RM25 sehari untuk bilik, kondom dan pelincir. Ia perlu dijelaskan pekerja kepada penjaga premis selepas tamat waktu bekerja.

Menerusi perkongsian foto, bilik-bilik yang dipercayai dihuni sangat sangat sempit turut dibina tandas secara terbuka. Malah bilik berkenaan juga tidak mempunyai binaan tingkap bagi pengudaraan yang baik.

Pendedahan aktiviti tidak bermoral itu itu turut mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Ramai yang meluahkan kecewa dengan tingkah laku warga asing yang memberikan impak buruk kepada negara.

WARGANET HARAP PELACURAN DIHAPUSKAN

– “Duduk negara orang bukan kerja baik-baik, malah buat maksiat.”

– “Memang tidak sangka rumah merah masih wujud.”

Malah ada yang bimbang penyebaran penyakit kelamin atau sexual transmitted disease seperti chlamydia, sifilis dan gonorrhoea.

Lebih teruk lagi ialah jangkitan Human Immunodefeficiency Virus atau HIV!

– “Sesiapa pergi ke sana atau pergi untuk pelacuran pastikan anda akan mendapat HIV, sifilis, dan banyak lagi penyakit kelamin. Tempat yang kotor. Imigresen perlu menangkap dan menamatkan beberapa lokasi lain lagi seperti di Bukit bintang, Pudu , Petaling Jaya dan Chowkit. Saya harap pelacuran tamat.”

Kita sebagai anggota masyarakat juga perlu mengambil berat tentang  ini dan melaporkan kegiatan pelacuran kepada pihak polis supaya pusat atau tempat pelacuran dapat dibanteras.

Baca juga: Semak status perkahwinan, rekod jenayah bakal pasangan hidup. Ini caranya

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!

Sumber: Twitter @Imigresen, Sinar Premium

 

Share
Azma ML

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

5 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

6 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

7 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

8 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

13 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

13 hours ago