PEMPENGARUH yang juga usahawan terkenal, Khairul Aming sekali lagi meraih perhatian ramai apabila dipilih mewakili Malaysia dalam satu majlis TikTok For Your Stage.

Program tersebut berlangsung di Indonesia pada 29 Oktober lalu.

Pemilik nama sebenar, Khairul Amin Kamarulzaman telah memuat naik video yang memaparkan perjalanannya sebelum berangkat dan ketika berada di negara seberang tersebut.

Pada majlis itu, beliau dipilih untuk tampil di atas pentas mewakili pempengaruh atau influencer lain untuk sesi temu bual.

Khairul Aming antara lain berkongsi pengalaman dan perjalanannya sehingga berjaya menjadi seorang penyedia kandungan dan usahawan yang berjaya kini.

Ujar beliau, inspirasi tersebut datang daripada pengikutnya di laman sosial.

Baca ni ‘Mak paling rare.’ Anak lelaki dekor majlis hari lahir, reaksi Shiera bebel bab sampah, 3 biji brownies bikin terhibur

Sokongan yang tidak berbelah bahagi itu membuatkan tuan punya badan berusaha gigih dan kini sudah mampu tersenyum lebar kerana sudah menampakkan hasil.

“Inspirasi saya semestinya daripada pengikut itu sendiri. Saya sudah buat video masak lima tahun, ada yang menggunakan video tersebut untuk keluarga, ada pelajar gunakan untuk masak di rumah sewa dan ada juga gunakan untuk perniagaan.

“Jadi, semua kisah ini memberi inspirasi kepada saya dan memberi kesedaran bahawa sebenarnya banyak nilai kita sebagai penyedia kandungan boleh memberi kepada masyarakat walaupun video sepanjang satu minit.

“Salam sayang daripada Malaysia, terima kasih semua,” kongsi beliau sambil mendapat tepukan gemuruh daripada tetamu yang lain.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai melahirkan rasa terharu dan kagum dengan sikap merendah diri yang ada dalam diri anak muda tersebut.

Lebih membanggakan, Khairul Aming menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sepanjang sesi temu bual.

Berikut antara komen yang dikongsikan warga maya:

Iklan

“Suka cara Ming cakap. Tetap cakap dalam bahasa Malaysia.

“Terbaik KA! prinsipnya adalah apa yang kita buat, memberi manfaat untuk semua! Semoga terus sukses KA!.”

“Bagus Khairul Aming, tidak terikut loghat Indonesia. Guna bahasa Malaysia yang betul. Terbaik!

“Terbaik Khairul Aming sebab cakap bahasa Melayu dan tak tukar loghat. Bangga!.”

Iklan

“Terbaik KA. Tersusun rapi kata-kata yang sangat tepat.”

Baca lagi Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

Sumber: khairulaming

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi