Senang jadi rujukan ibu masak juadah berbuka, Khairul Aming tampil 30 Hari 30 Resipi

Senang jadi rujukan ibu masak juadah berbuka, Khairul Aming tampil 30 Hari 30 Resipi

RAMADAN bakal menjelma. Bagi ibu-ibu, pada bulan mulia itu juadah bersahur dan berbuka adalah antara keutamaan untuk disediakan buat keluarga.

Yelah, pasti ibu inginkan yang terbaik buat suami dan anak-anak kan! Ramadan setahun sekali, masak sendiri lagi nikmat.

Pun begitu, ibu-ibu tak perlu pening kepala untuk mencari menu buat sajian setiap hari kerana pempengaruh terkenal, Khairul Aming tampil lagi berkongsi resipi pada tahun ini.

Popular dengan tagline ‘hai, whats up guys’, ahli perniagaan berusia 31 tahun ini sentiasa menjadi inspirasi semua golongan.

Iklan
Iklan

Sempena tahun keenamnya menyediakan resepi juadah berbuka di media sosial, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman telah tampil berkongsi transisi content masakannya dari awal penglibatannya dalam bidang memasak ini.

Baca juga ‘Sebelum kaya duit, beliau kaya jiwa.’ Guna bahasa Melayu sepenuhnya ketika berucap, sikap Khairul Aming raih pujian ramai

Perkara itu telah dikongsikan oleh Khairul Aming menerusi sebuah hantaran di TikTok.

“Korang ingat lagi tak sudu kayu yang saya guna untuk shoot video masak ni? Enam tahun lepas saya shoot video masak puasa kat atas lantai. Dia okay, cuma sakit belakang sikitlah.

“Lepastu saya pindah shoot kat atas dapur, tapi masa tu tak ada lampu yang proper. So nampak gelap, suram dan tak cantik. Then, kita shoot dekat luar jauh lagi cantik tapi saya panas dan berpeluh.

“So saya invest beli lampu studio satu letak dekat dapur terus video masak tu nampak cantik warna dia. Greenscreen pun sama,” katanya.

Menurut Khairul, dia tidak pernah meninggalkan sudu kayunya yang sudah menjadi simbolik di dalam setiap video masakannya.

Selepas memperolehi pelbagai pencapaian, pempengaruh itu bagaimanapun meluahkan rasa syukurnya kerana berjaya membuka sebuah video memasak untuk perkongsiannya akan datang.

“Lepastu kita launch sambal Nyet saya bawa juga sudu kayu ni pergi sekali memang saya tak tinggal sampailah saya decide pindah ke rumah baru.

“Saya set up satu studio masak kecil kat dalam bilik tidur. Tapi studio tu dah tak ada kita dah pindah ke tempat yang baru dan Alhamdulillah kitadah ada studio yang lagi besar dan selesa sekarang.

Baca juga Inspirasi! Genap 2 tahun bisnes sambal Khairul Aming raih RM21.5 juta, 1.5 juta botol terjual bersamaan 5,000 botol sehari!

“Saya macam tak percaya enam tahun lepas kita shoot video masak kat atas lantai tapi sekarang kita dah ada tempat yang jauh lagi selesa,” jelasnya.

Dalam perkongsian tersebut, Khairul turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang sentiasa menyokongnya.

“Jadi saya nak ucapkan terima kasih kepada sudu kayu ni sebab setia daripada dulu dan terima kasih juga kepada korang semua di luar sana.

“Akhir kata, selamat datang ke 30 hari 30 resepi tahun ke enam,” katanya.

Wah nampaknya memang senanglah ibu-ibu nak dapatkan idea sediakan juadah sepanjang Ramadan ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

2 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

4 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

5 hours ago

‘Kasih sayang mertua menantu yang istimewa. Sebak tengok!’ Puteri Sarah rai hari jadi Datuk Yusof bikin ramai terharu

TERSENTUH hati melihat kemesraan antara bekas menantu dan mentua iaitu Puteri Sarah Liyana dan Datuk…

6 hours ago

Puteri sulung genap 12 tahun, 23 pesanan Fedtri Yahya untuk Indah Sutera Jannah undang sebak

PEJAM celik, pantasnya masa berlalu. Siapa sangka anak sulung pengacara tersohor Ahmad Fedtri Yahya, Indah…

7 hours ago