IBU atau bapa? Anak sering kali menjadi rebutan pasangan yang berpisah. Hadanah bermaksud penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

‘Perebutan’ anak selalu menjadi isu kepada pasangan yang bercerai. Justeru hadanah berfungsi agar tidak berlaku kezaliman atau pengabaian ke atas anak yang masih kecil.

Pelakon, Puteri Sarah Liyana baharu sahaja memfailkan Hadanah atau hak penjagaan dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Baca juga: Puteri Sarah persoal tuntutan nusyuz oleh Syamsul, yakin berada di pihak yang benar

Gambar fail Sinar Harian

Apakah sebenarnya hadanah dan siapakah yang paling berhak memperolehinya? SinarPlus kongsikan 20 info berkaitannya sebagai rujukan kaum Hawa.

1-Siapakah yang paling berhak terhadap hadanah? Sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas berlakunya perceraian, ibu ialah orang yang paling berhak daripada orang lain bagi menjaga anak kecilnya sehingga anak kecil itu mencapai umur mumaiyiz (kecerdikan).

2-Siapakah yang akan menentukan hadanah dan apakah pertimbangan yang diambil kira? Jika timbul perselisihan berkenaan hadanah, Mahkamah Syariah merupakan pihak yang mempunyai autoriti dalam memutuskan hadanah dan pertimbangan utama yang diberikan oleh Mahkamah Syariah ialah kebajikan kanak-kanak itu.

3-Selain itu, Mahkamah Syariah juga memberi perhatian kepada perkara yang berikut:
(a) Kebajikan kanak-kanak tersebut;
(b) Kemahuan ibu bapa kanak-kanak;
(c) Kemahuan kanak-kanak itu sekiranya dia dalam peringkat umur yang boleh menyatakan pendapatnya.

Baca juga: Suami enggan lafaz talak, adakah selamanya isteri tidak akan dapat bercerai? 20 info wanita perlu tahu

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

4-Syarat-syarat yang dikenakan oleh mahkamah semasa membuat perintah hadanah ialah:

(a) Tempat kanak-kanak itu akan tinggal dan pelajarannya.

(b) Mengadakan peruntukan bagi kanak-kanak itu berada buat sementara dalam pemeliharaan dan kawalan seseorang yang lain daripada orang yang diberi jagaan kanak-kanak itu;

(c) Mengadakan peruntukan bagi kanak-kanak itu untuk melawat ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau seseorang daripada keluarga ibu yang telah mati atau bapa yang tidak diberi jagaan dalam tempoh difikirkan munasabah;

(d) Memberi ibu atau bapa yang tidak diberi hak jagaan atau seseorang daripada keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau yang tidak diberi jagaan untuk berjumpa dan melawat kanak-kanak itu pada masa-masa dan seberapa kerap yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.

(e)Melarang orang yang diberi jagaan itu daripada membawa kanak-kanak itu keluar dari Malaysia.

Baca juga: Jodoh tak panjang, ini perkara penting buat pasangan bercerai ambil tahu

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

5-Mahkamah boleh mengeluarkan perintah lain sekiranya ibu atau bapa yang mendapat jagaan anak memohon suatu perintah tegahan bagi menahan pihak yang tidak diberi jagaan anak membawa anak itu keluar Malaysia.

6-Ia boleh dilakukan sekiranya terdapat alasan yang munasabah atau wajar untuk sesuatu tujuan yang berfaedah kepada kebajikan kanak-kanak.

7-Apakah kelayakan bagi membolehkan seseorang diberi hak hadanah?

(a) Beragama Islam

(b) Baligh dan sempurna akal

(c) Umur yang melayakkan dia memberikan kanak-kanak tersebut kasih sayang dan pendidikan yang sempurna

(d) Berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah. Seseorang yang terkenal dengan kefasikannya seperti penzina, pencuri, peminum arak, penjudi dan seumpamanya tidak harus mengendalikan hadanah anak-anak

(e) Tinggal di tempat kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

Baca juga: Mengganggu rumahtangga orang satu jenayah. Peguam syarie ini dedah hukuman penjara yang ramai tidak tahu!

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

8-Jika mahkamah berpendapat ibu hilang kelayakan di bawah hukum syarak dalam mendapatkan hak terhadap hadanah, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan iaitu:

(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas;
(b) bapa;
(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas;
(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(e) kakak atau adik perempuan seibu;
(f) kakak atau adik perempuan sebapa;
(g) anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(h) anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu;
(i) anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan sebapa;
(j) emak saudara sebelah ibu;
(k) emak saudara sebelah bapa;
(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau residuari:

Dengan syarat penjagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.

Baca juga: Saya mendapat hak jagaan anak perempuan – Serina Redzuawan

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

9-Umumnya ibu berhak mendapat penjagaan anak yang masih kecil yang belum mencapai umur mumaiyiz. Ada perkara-perkara yang boleh menggugurkan hak seseorang terhadap hadanah. Namun begitu hak tersebut akan gugur sekiranya berlaku perkara berikut:

(a) Jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu dan lelaki tersebut bukan muhrim dengan kanak-kanak itu.

(b) Jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka.

(c) jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya send,ri ke tempat lahir isteri itu.

(d) Jika perempuan itu murtad.

(e) Jika perempuan itu cuai atau menganiaya kanak-kanak itu.

Baca juga:  #SiBibirMerah: Setia lelaki teruji bila miliki segala. Orang ketiga jangan bina bahagia atas derita wanita lain

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

10-Sekseyen 84(1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] memperuntukkan bahawa hak hadanah bagi menjaga seseorang kanak-kanak tamat apabila kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahunjika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun bagi kanak-kanak perempuan.

11-Mahkamah boleh membenarkan pihak yang tersebut menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun (jika kanak-kanak itu lelaki) dan 11 tahun bagi kanak-kanak itu perempuan.

12-Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah turun kepada bapa.

Iklan

13-Jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika mahkamah memerintahkan selainnya.

14-Anda boleh memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Syariah di mana kita bermastautin atau dapatkan khidmat guaman daripada Peguam Syarie di Biro Bantuan Guaman atau swasta.

15-Akta/ Enakmen Keluarga Islam di Malaysia tidak memperuntukkan secara khusus berkenaan hak jagaan anak melibatkan anak angkat. Namun dari segi amalannya, apabila pasangan ibu bapa angkat bercerai, kebiasaannya keutamaan hak jagaan tersebut akan diberikan kepada ibu angkat melainkan jika ibu angkat tersebut didapati tidak memenuhi kelayakan sebagai seorang penjaga.

Jika ingin mendapat khidmat Jabatan Bantuan Guaman, anda perlu mengemukakan dokumen atau butir yang berikut:

i. Butir-butir perkahwinan

(a) Surat nikah asal/ surat cerai;

(b) Sijil kelahiran anak-anak.

ii. Butir-butir pihak kena tuntut

(a) Nama/alamat/pekerjaan suami/isteri;

(b) Nama/alamat majikan suami/isteri.

iii. Laporan-laporan berkaitan

(a) Runding cara;

(b) Laporan perubatan;

Iklan

(c) Laporan polis;

(d) Saksi;

(e) Penyata gaji suami/isteri;

(f) Perakuan daripada majikan suami/ isteri;

(g) Penyata KWSP suami/isteri;

(h) Bukti berhubung dengan pertukaran alamat;

(i) Dokumen-dokumen sokongan lain yang berkaitan, jika ada.

Sumber: Biro Bantuan Guaman

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.