Sentuh Kaabah, masuk raudah & lihat Tiang Aishah, Norreen sayu. ‘Aku rasa malu sangat dekat sini’

PENGALAMAN pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah menjadi inspirasi ramai.

Berpeluang memegang Kaabah, memasuki raudah dan melihat Tiang Aishah, aktres Norreen meluahkan rasa sayu dan sebak.

Masakan tidak, aktres berusia 30 tahun menyangka perjalanannya menuju ke Kaabah dipermudahkan meskipun lokasi itu dipenuhi lautan manusia.

“Ya ALLAH rindunya. Sumpah aku dah rindu. Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasihlah @Bismie_amer sebab record kenangan ni.

“Nak jalan ke arah Kaabah pun masa ni macam senang sangat takde push-push straight je dah sampai.

“Bismie bagi semangat, direction dan dengan izin-NYA semudah tu je dapat pegang Kaabah,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Baca juga: ‘Saya masih sama, cuma tiba masa untuk berubah’. Norreen tampil berhijab, mula padam gambar lama

Iklan
Iklan

Baca juga: ‘Hadiah paling dahsyat, Kaabah depan mata.’ Norreen tunai umrah, anggap sambutan hari lahir paling bermakna

Baca juga: ‘Air mata Almy Nadia cukup bermakna, hadiah jaga anak-anak.’ Kasih suami, Fizz Fairuz kongsi video selesai umrah undang sebak

Pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu mengakui akan merindui momen bermakna tersebut sepanjang hayatnya.

“Menitik air mata aku bila tengok balik video ni. Kita berserah pada Dia. Syukur Ya ALLAH kita dapat pegang pintu Kaabah.

“Dari tengah sampai ke hanyut ke tepi kita panjat kat situ. Dah rindu ni,” titipnya lagi.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Instagram Story, Norreen sekali lagi meluahkan rasa sebak dan terharunya kerana berpeluang untuk masuk ke dalam raudah di Masjid Nabawi.

“Petugas di sini kata lima minit sahaja. Terus masuk, aku sujud. Kak Wa (pembimbing) kata terus solat hajat. Bila sudah habis aku record sekejap.

“Kak Wa kata berapa kali dia masuk raudah, ini lah first time dapat depan ni. Lagi aku menangis.

“Aku yang jenis huhahuha ni dapat solat di depan ni juga. Memang DIA mendengar niat aku. Aku happy sangat,” luahnya lagi.

Ujar Norreen, beliau juga berpeluang untuk menghampiri Tiang Aishah sewaktu di dalam raudah.

“Aku ni ilmu tak tinggi, apa nama tiang atau kelebihan tiang semua aku ikut je apa yang ustaz dan ustazah share. Bila dapat tempat tu, tempat Rasul solat pula tu.

“Harap aku tak lupa diri bila balik nanti. Ingatlah Norreen, ingat,” titipnya.

Baca juga: ‘Indah perjalanan ALLAH atur’, Angeline Tan & suami tunai umrah ramai titip doa

Baca juga: ‘Cantiknya Amora, persis mami waktu muda.’ Kris Dayanti tunai umrah sekeluarga, penampilan anak perempuan jadi tumpuan!

Baca juga: ‘Dulu rindu terus daftar, cari hotel & tiket penerbangan.’ Siti Nurhaliza luah rasa hati tak dapat tunai umrah tahun ini

Warga maya tersentuh dengan perkongsian Norreen mengakui momen yang dilalui di Tanah Suci adalah rezeki yang tidak diperolehi oleh semua.

– “Your story will forever be an inspiration for all of us Norreen.”

– “Yang pernah masuk Taman Syurga je faham macam mana rasanya. Saya setiap kali dapat masuk sana mesti ada miracles yang ALLAH bagi.”

– “Untungnya you Norreen ❤️ Alhamdulillah.”

– “Subhanallah, masya-ALLAH, Watching all your IG stories, making me goosebumps and teared. Ya ALLAH 🤍🥹. I’m sure your story has touched and inspired many of your followers.”

Pelakon Jangan Ganggu Jodohku itu menjadi inspirasi ramai susulan penghijrahan beliau baru-baru ini.

Selepas melalui kejadian ‘menakjubkan’, Norren yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu nekad menjadi insan yang lebih baik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

2 hours ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

3 hours ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

18 hours ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

19 hours ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

19 hours ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

19 hours ago