Superb, logo Rukun Negara ada tengkolok siap jam 3 pagi, pereka grafik kongsi kisah benar

SEMALAM, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan logo sambutan 50 tahun Rukun Negara.

Dipancarkan di layar skrin dengan animasi 3-Dimensi, logo yang julung kali dicipta itu dilancarkan selepas Perdana Menteri menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara di Bangunan Perdana Putra di ibu negara.

Memang unik dan mempunyai makna tersendiri. Siapakah orangnya di belakang tabir yang mereka cipta logo berkenaan?

Lihat sahaja corak logo yang digambarkan. Tiap lekuk corak dan warnanya penuh dengan makna tersendiri.

Lima jalur simbolik lima prinsip Rukun Negara yang perlu dipatuhi; bulan dan bintang melambangkan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.

Tengkolok berkerawang bulan dan bintang simbol prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Ia juga melambangkan Prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

Angka 50 sempena sambutan ulang tahun Rukun Negara dan biru melambangkan amalan perpaduan dalam Kesopanan dan Kesusilaan.

Iklan
Iklan

Pengarah Kreatif Kanan Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Norazlan Ismail rupanya individu di sebalik penciptaan logo istimewa dan mempunyai garapan tersendiri ini dalam membangkitkan penghayatan makna Rukun Negara.

Berkongsi dengan SinarPlus, menariknya pemuda berusia 43 tahun ini mendapat inspirasi mencipta logo itu ketika membersihkan tengkolok silat.

“Dari situ saya terfikir selain songkok, kopiah dan topi yang diletakkan di kepala, tengkolok juga adalah pakaian tradisi Melayu yang tinggi nilainya dan diletakkan di tempat ‘terhormat’ iaitu di kepala. Ia juga status dan sebagai lambang atau simbolik yang perlu dihormati.

“Selain itu tengkolok juga ialah pakaian kebesaran yang dipakai oleh raja-raja Melayu. Ia mempunyai bentuk menarik dan unik yang tidak ada di mana-mana,” katanya sambil menyifatkan semua kaum dan bangsa dinaungi sultan dan raja.

Perasaan

Norazlan rupanya mengambil masa sehari penuh untuk menyiapkan lakaran logo ini dan seterusnya dilakar terus di komputer.

Bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang dan sebelah malam dari jam 10 malam hingga 3 pagi keesokannya, pada hari kedua beliau memperkemaskan dan mereka opsyen logo.

“Jadi total masa saya ambil untuk menyiapkannya ialah dua hari. Mula tu perasaan agak biasa pada mulanya dah biasa buat pelbagai logo sebelum ini.

“Tapi tak lama selepas itu timbul rasa risau dan tercabar kerana saya diberi kepercayaan penuh oleh bos mengeluarkan hasil kerja saya untuk digunapakai secara rasmi. Saya mendapat tahu ada juga persaingan dari pihak lain. Saya cuba sehabis baik untuk tidak mencalarkan kepercayaan yang diberi,” katanya.

Menurut Norazlan, beliau menghasilkan satu logo utama dan tiga logo yang lain. Logo utama dipecahkan kepada tiga opsyen reka bentuk.

“Pembetulan daripada pihak ‘klien’ alhamdulillah tiada, tetapi saya diminta untuk meletakkan elemen lain sebagai elemen pilihan selain tengkolok.

“Kesukaran itu hanya di peringkat awal iaitu mencari elemen sesuai yang boleh di simplify, namun masih mengekalkan bentuk menarik. Once sudah dapat tune semuanya alhamdulillah mudah,” kata otai pereka grafik yang sudah 19 tahun berkhidmat di Kumpulan Media Karangkraf ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, logo yang dipaparkan memberi kesan yang besar kepada masyarakat dengan menyampaikan kefahaman mengenai lima prinsip falsafah yang menjadi tunjang nasional negara.

Jelasnya simbolik tengkolok pada logo tersebut adalah keunikan warisan dan budaya Melayu yang kesetiaan kepada raja dan negara amat penting dalam memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

“Kita merasakan setiap logo yang mahu ditonjolkan perlu mempunyai ‘roh’ yang akan memberi kesan besar kepada masyarakat. Umum mengetahui tentang Rukun Negara ini namun kefahaman mengenai falsafah ini tidak masuk ke hati.

“Konsep logo yang ingin diketengahkan adalah mengembalikan semangat patriotik kepada negara dengan menekankan kefahaman mengenai prinsip Rukun Negara,” katanya kepada Bernama.

Logo itu dihasilkan melalui kerjasama antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jabatan Penerangan dan Kumpulan Media Karangkraf.

Satu pertanyaan SinarPlus, adakah kita benar-benar menghayati makna prinsip Rukun Negara yang menjadi asas tonggak perpaduan negara?

Moga sebagai warga yang bertanggungjawab, kita dapat memainkan peranan. -AG #janganputusasamalaysia

Share
Azimah

 

Published by
Azimah

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

3 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

4 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

5 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

7 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

9 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

10 hours ago