Syabas Pearly-Thinaah! Cipta sejarah beregu wanita pertama juara Terbuka Perancis, 10 info membanggakan

SYABAS buat beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah yang mencipta sejarah menamatkan kemarau kejuaraan selepas mengungguli kejohanan badminton Terbuka Perancis yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertine, Paris.

Kredit foto: BAM

Baca juga: Skuad badminton ‘berbisa’penyumbang pingat paling banyak Sukan Olimpik buat negara

Pearly-Thinaah menjadi beregu wanita Malaysia pertama merangkul gelaran Terbuka Perancis selepas menumbangkan pilihan keempat yang juga juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun 21-19, 18-21, 21-15 di pentas final.

Kemenangan itu ialah gelaran kedua dan kejayaan terbesar pasangan nombor 11 dunia itu dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas menjuarai Terbuka Switzerland, Mac tahun lepas.

Iklan
Iklan

Baca juga: Tahniah! Badminton beregu wanita mara peringkat akhir Sukan Komanwel, 10 fakta menarik M.Thinaah, Pearly Tan

Kredit foto: BAM

Pasangan  beregu itu bermula cemerlang apabila memenangi set pertama dengan kiraan mata 21-19.

Bagaimanapun kecemerlangan itu gagal diteruskan pada set kedua apabila akur tumpas 18-21 kepada pilihan keempat kejohanan itu.

Pearly-Thinaah kemudiannya berjaya meraih kemenangan mutlak selepas mengungguli set ketiga 21-15 sekali gus meraih gelaran pertama mereka untuk tahun ini.

Terbuka Perancis ialah kejohanan acara Jelajah Dunia Super 750 BWF, kejohanan tahap tiga yang menawarkan hadiah bernilai USS49,950 (kira-kira RM235,000) bagi pemenang acara beregu dan USS23,625 (kira-kira RM111,000) bagi finalis, selain mata ranking BWF.

Meneliti portfolio M.Thinaah dan Pearly Tan, ternyata bukan calang-calang pasangan beregu wanita kebangsaan ini lebih-lebih lagi apabila berjaya menghadiahkan emas buat negara pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham Ogos lalu.

Berikut fakta menarik mengenai mereka;

M.Thinaah

1-M.Thinaah atau Thinaah Muralitharan, 24, dilahirkan pada 3 Januari 1998.

2-Thinaah merupakan anak kedua kepada pasangan S. Muralitharan, seorang jurutera dan Dr. Parimala Devi, doktor perubatan.

3-Beliau mula menyertai pasukan badminton kebangsaan pada tahun 2013.

4-Adik perempuan bongsu Thinaah, Selinaah Muralitharan, juga merupakan bekas pemain badminton negeri Selangor.

5-Thinaah pernah meraih kejuaraan pada Badminton Terbuka Switzerland 2021 ketika bergandingan dengan Pearly Tan.

Baca juga: 33 minit Zii Jia benam Perancis, menang bergaya. 10 fakta jaguh badminton ini

Kredit foto: Bernama

Pearly Tan

1-Pearly Tan Koong Le dilahirkan pada 14 Mac 2000 di negeri Kedah Darul Aman.

2-Merupakan anak kepada jurulatih, Tan Seng Hoe. Bapanya mengendalikan Kelab Raket Alor Setar (ASRC), yang merupakan kelab pemain kebangsaan Lee Zii Jia dan Jacky Kok.

3-Tan mula menyertai pasukan badminton kebangsaan pada tahun 2013.

4-Wanita ini merupakan pemenang pingat perak beregu wanita di Kejohanan Junior Asia dan Dunia 2018.

5-Mempunyai ketinggian 1.64 meter, Pearly mahir menggunakan tangan kanan.

Syabas dan tahniah diucapkan buat M.Thinaah dan Pearly Tan! Moga kejayaan yang diukir mereka menjadi inspirasi buat wanita lain memajukan diri dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Baca juga: Chong Wei bangga pencapaian Nicol dinobat Atlet Terhebat Sepanjang Zaman. Nicol, ‘truly the goat’!

Sumber: Bernama, BAM

Kredit foto utama: Badminton World Federation

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Wartawan SinarPlus

Published by
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

6 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

7 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

7 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

10 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

12 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

13 hours ago