Jangan lupa follow kami di Instagram!
JAGUH badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membenam bintang Perancis, Brice Leverdez apabila berjaya mara peringkat seterusnya pada perlawanan terakhir Kumpulan M di Plaza Sukan Musashino Forest.
Ketangkasan Zii Jia meraih perhatian ramai disifatkan menang bergaya dengan mata 21-17, 21-5.
Biarpun pada penghujung set pertama Leverdez mempamerkan aksi yang agak licik.
Lebih mengejutkan kemenangan Zii Jia itu berlangsung selama 33 minit sahaja.
Ia merupakan pencapaian terbesar selepas Leverdez pernah mengalahkan legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pada Kejohanan Dunia 2017 dan Terbuka Denmark 2016.
Susulan kemenangan itu Zii Jia berjanji akan menampilkan aksi terbaik ketika menentang juara bertahan Chen Long acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, esok.
Berdasarkan rekod kedua-dua pemain berkenaan terikat 2-2 dengan pertemuan terakhir dimenangi Zii Jia 21-12, 21-18 pada All England, Mac tahun lalu.
“Chen Long seorang pemain berpengalaman dan perlawanan esok sudah pastinya bukan mudah.
“Saya berharap dapat membuat persediaan rapi dan akan memberikan aksi 100 peratus,” kata Zii Jia.
Lantaran kemenangan tersebut nama Zii Jia trending di carta laman sosial Twitter.
Warga maya berbangga dengan pencapaian beliau, sekali gus mengaitkan Zii Jia dengan Chong Wei.
We waited since 740pm for only our boss to finish the game in 35 minutes. LOL. Total domination in second half from Lee Zii Jia. Congrats boss! #Tokyo2020 #Badminton #MAS #GambatteMalaysia pic.twitter.com/UuJvMBcCCe
— シ~ (@shohokuRED10) July 28, 2021
“Even a world rank player could lose in any match so it’s not impossible it’d happen to me as well . Despite so, I’m enjoying the game, having fun and at the same time I tried my best.” – Lee Zii Jia.
(This is his first Olympic, so proud 😩) pic.twitter.com/ll1Ugye47q— lucie🍿| Olympic mode. (@lisaherstories) July 28, 2021
CONGRATS LEE ZII JIA , YOU DID GREAT MANN. GOODLUCK FOR YOUR NEXT GAME ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤ pic.twitter.com/9X98FMTB79
— syazirazwa (@syzmieyo) July 28, 2021
Catch Lee Zii Jia in the round of 16 against Chen Long (CHN) tomorrow 18:15 Malaysia time. #olympic#tokyo2020#Badminton pic.twitter.com/8N09SeW7uJ
— NOC Malaysia (@ocm_mom) July 28, 2021
Pada masa sama, netizen memberikan kata-kata semangat buat bintang badminton itu pada pertarungan bertemu Chen Long kelak.
Justeru, jom kita kenali Zii Jia dengan lebih dekat.
1. Zii Jia dilahirkan pada 29 Mac 1998 dan berasal dari Alor Setar, Kedah.
2. Beliau ialah anak kepada Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng, guru dan bekas pemain bola keranjang antarabangsa.
3. Zii Jia berminat dengan sukan badminton sejak berusia lima tahun. Kecemerlangan pencapaian dalam pertandingan badminton bawah umur 12 tahun beliau menyambungkan pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Baca juga 8 Fakta Menarik Farah Ann Yang Ramai Tidak Tahu, Gimnas Kebanggaan Negara
4. Pada tahun 2015, beliau berjaya memenangi Kejohanan Badminton Tebuka Remaja Perak dan Selangor. Pencapaian seterusnya terpilih ke Persatuan Badminton Malaysia.
5. Pada November 2016, Zii Jia memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Badminton Remaja acara perseorangan lelaki.
6. Pada September 2017, Zii Jia menjuarai Kejohanan Badminton pertama di Polish International. Seterusnya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Bitburge.
7. Pada Oktober 2018, Zii Jia menjuarai pula Kejohanan Badminton Terbuka Cina Taipei 2018.
8. Pada Disember 2019, beliau memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki badminton pada Sukan Asia Tenggara 2019 dan pingat perak acara lelaki berpasukan.
9. Pada Februari 2020, beliau mengetuai pasukan badminton Malaysia dan meraih pingat perak pada Kejohanan Badminton Asia Berpasukan.
10. Pada 21 Mac, Lee Zii Jia memenangi tempat pertama pada dalam Terbuka Seluruh England 2021.
Sumber: Bernama, Astro Awani, Wikipedia
Foto: BP Lab, Facebook Page Lee Zii Jia