SETAHUN lalu, namanya menjadi fenomena dan bualan ramai susulan videonya tular di laman media sosial. Siapa sangka, usahawan pisang goreng cheese, Abdul Adib Aidil, kini berjaya menggapai cita-citanya sebagai juruterbang.
Baru-baru ini, anak muda berumur 25 tahun itu muncul menerusi beberapa hantaran di laman TikTok berpakaian sebagai juruterbang menerusi satu video yang dimuat naik wanita bernama Anaqah Ismail.
Menerusi video berdurasi tujuh saat itu, wanita berkenaan yang juga merupakan seorang juruterbang mengusik jejaka tampan itu dengan menyebut perkataan ‘biasa’ yang pernah menjadikan lelaki itu tular.
Baca juga: Pilot masih belum ‘gantung baju’, lengkap beruniform jual mi tepi jalan cari rezeki
Baca juga: [VIDEO] Tak boleh fly sejak Covid, pilot muda pilih buat kerja amal
Baca juga: Bekas pilot ini kongsi nasihat berharga kepada yang hilang pekerjaan
“Excuse me, sir?’ Adakah kamu tahu cara cara bercakap? Bercakap seperti ‘biasa?” katanya.
Malah, rakannya itu sempat berseloroh mengatakan bahawa beliau perlu ke Kajang untuk mendapatkan pisang goreng cheese kerana pemilik bisnes berkenaan tidak membawanya bersama ke atas pesawat.
“Biasa? Biasa maksudnya? Terbang bersama ‘abang pisang cheese’ tetapi saya tidak dapat merasa satu pun hari ini.
“Mungkin saya perlu ke Kajang untuk merasainya,” titipnya.
Baca juga: Menjadi antara 30 juruterbang wanita di MAS, Khaysha mahu tepis pandangan skeptikal orang ramai
Baca juga: Juruterbang terpaksa menjadi pemandu lori perabot tampung kehidupan
Hantaran berkenaan tular meraih perhatian warga maya rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah buat Adib yang kini sudah pun bergelar juruterbang.
– “Yeay! His dreams finally came true! We are now so happy for him. Congrats Adib. Keep flying higher ya!”
– “Akhirnya cita-cita Adib tercapai.”
– “Oh Adib jadi pilot MAS. Welcoming to Malaysia Airlines family.”
Bananadibs Pisang Goreng Cheese itu diusahakan di hadapan restoran ibu bapanya yang terletak di Kajang, Selangor.
Penangan viral, gerainya itu mendapat sambutan cukup luar biasa dalam masa yang singkat. Sehinggakan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk membeli!
Dalam masa yang sama, ketika itu, Adib juga menjadi ejen insuran bagi menjana pendapatan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…
SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…
16 TAHUN melayari bahtera perkahwinan, penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani atau mesra dengan panggilan…
BARU-baru ini, pelakon Amar Baharin meluahkan perasaan tidak puas hati berkaitan pemilikan tanah di Semenyih,…
TRAGIS! Disebabkan tidak tahan mendengar ‘bebelan’ suami kerana melahirkan anak pekak dan bisu, seorang…
SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…