SETAHUN lalu, namanya menjadi fenomena dan bualan ramai susulan videonya tular di laman media sosial. Siapa sangka, usahawan pisang goreng cheese, Abdul Adib Aidil, kini berjaya menggapai cita-citanya sebagai juruterbang.

Baru-baru ini, anak muda berumur 25 tahun itu muncul menerusi beberapa hantaran di laman TikTok berpakaian sebagai juruterbang menerusi satu video yang dimuat naik wanita bernama Anaqah Ismail.

Menerusi video berdurasi tujuh saat itu, wanita berkenaan yang juga merupakan seorang juruterbang mengusik jejaka tampan itu dengan menyebut perkataan ‘biasa’ yang pernah menjadikan lelaki itu tular.

Baca juga: Pilot masih belum ‘gantung baju’, lengkap beruniform jual mi tepi jalan cari rezeki

Baca juga: [VIDEO] Tak boleh fly sejak Covid, pilot muda pilih buat kerja amal

Baca juga: Bekas pilot ini kongsi nasihat berharga kepada yang hilang pekerjaan

“Excuse me, sir?’ Adakah kamu tahu cara cara bercakap? Bercakap seperti ‘biasa?” katanya.

Malah, rakannya itu sempat berseloroh mengatakan bahawa beliau perlu ke Kajang untuk mendapatkan pisang goreng cheese kerana pemilik bisnes berkenaan tidak membawanya bersama ke atas pesawat.

“Biasa? Biasa maksudnya? Terbang bersama ‘abang pisang cheese’ tetapi saya tidak dapat merasa satu pun hari ini.

“Mungkin saya perlu ke Kajang untuk merasainya,” titipnya.

Baca juga: Menjadi antara 30 juruterbang wanita di MAS, Khaysha mahu tepis pandangan skeptikal orang ramai

Baca juga: Juruterbang ditemui setelah hilang 36 hari di hutan, bertahan dengan hanya makan telur haiwan, buah dan roti

Baca juga: Juruterbang terpaksa menjadi pemandu lori perabot tampung kehidupan

Hantaran berkenaan tular meraih perhatian warga maya rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah buat Adib yang kini sudah pun bergelar juruterbang.

– “Yeay! His dreams finally came true! We are now so happy for him. Congrats Adib. Keep flying higher ya!”

Iklan

– “Akhirnya cita-cita Adib tercapai.”

– “Oh Adib jadi pilot MAS. Welcoming to Malaysia Airlines family.”

Anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu terdahulu tamat pengajian sekolah penerbangan pada Ogos 2020 dan berniaga pisang goreng cheese bagi membayar pinjaman pengajiannya.

 

Bananadibs Pisang Goreng Cheese itu diusahakan di hadapan restoran ibu bapanya yang terletak di Kajang, Selangor.

Iklan

Penangan viral, gerainya itu mendapat sambutan cukup luar biasa dalam masa yang singkat. Sehinggakan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk membeli!

Dalam masa yang sama, ketika itu, Adib juga menjadi ejen insuran bagi menjana pendapatan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!