Tular tidur dalam Proton Wira, pemuda tak lari ditagih hutang akhirnya langsai RM1.2 juta, Ariff Peter inspirasi netizen

PERNAH tular tinggal di dalam kereta Proton Wira, pemuda yang juga penyanyi Ariff Peter berjaya melangsaikan hutang berjumlah RM1.2 juta.

Kisah Arif pernah tular selepas terpaksa tinggal di dalam kereta yang menjadi satu-satunya harta miliknya selepas menjual semua aset perniagaan, rumah dan kereta selama lebih lebih setahun lalu.

Anak kelahiran Bintulu, Sarawak itu sebelum ini mempunyai perniagaan berjaya, kediaman selesa dan memandu kereta import berubah sekelip mata selepas terpedaya menjadi muka depan syarikat pelaburan mata wang digital.

Baca juga: Langsai hutang RM20K dalam 2 bulan, ini tip mudah boleh jadi panduan

Pemuda itu tidak sesekali bantuan dalam bentuk wang ringgit sebaliknya mengiklankan perkhidmatannya untuk menjana pendapatan.

Menerusi laman sosial X, Ariff memuat naik poster perkhidmatan ditawarkan seperti membersihkan kediaman dan premis, mereka poster, menulis lirik dan mencipta lagu.

Iklan
Iklan

Pada Ogos, pemuda itu memaklumkan hutangnya masih berbaki RM130, 000. Dalam perkembangan terbaru, lelaki berusia 27 tahun itu sudah pun hampir dengan matlamat beliau.

Baca juga: Ramai anak muda muflis dan berhutang, Erin Adlina bercadang wujudkan subjek silibus kewangan di sekolah

Manakala beberapa hari lalu, Ariff memuat naik video RM1.2 juta saya dapat diselesaikan dalam tempoh dua tahun pada minggu hadapan.

“Terima kasih rakyat Malaysia yang mendoakan dan gunakan servis-servis saya selama ini untuk bayar hutang RM 1.2 juta.

“Alhamdulillah, ALLAH bukakan banyak jalan rezeki kepada saya daripada arah yang tak disangka-sangka.

“Dulu tinggal dalam kereta, ALLAH gantikan dengan rumah yang elok. Dulu struggle hendak makan, sekarang ALLAH bagi banyak pilihan nak makan. Dulu struggle nak bayar hutang, sekarang dah selesai.

“Alhamdulillah, what a great journey for me, ALLAH MAHA BESAR,” kongsi Ariff.

Usaha tidak mengkhianati hasil. Ariff yang menitipkan kesyukuran kini sudah memiliki tempat tinggal yang terletak di Cheras.

Beliau juga berterima kasih kepada akhbar tempatan kerana menjadi pencetus kejayaan dalam menyelesaikan bebanan hutang.

Baca juga: Penat ‘mengemis’ kutip hutang, ini cara mudah tuntut tak lebih RM5,000

“Perkhidmatan yang saya tawarkan juga digunakan dengan meluas kerana bantuan daripada media sosial dan massa.

“Saya yakin jika media sosial digunakan dengan betul, ia mampu untuk membantu kita, namun bergantung perspektif masing-masing. Saya berjaya keluar daripada bebanan hutang dengan melaluinya dan pemasaran,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Ariff menolak bantuan kewangan yang dihulurkan oleh pempengaruh, Aisar Khaled kerana enggan menerima sesuatu tanpa melakukan sebarang pekerjaan.

Baca juga: Tunjuk hidup mewah, makan sedap tapi tak bayar hutang! Hilang keberkatan dan reda Allah

Meraikan kejayaan Ariff, warga maya memberikan reaksi positif dan memuji semangat yang ditunjukkan beliau sepanjang perjalanannya menyelesaikan hutang yang ditanggung.

– “1.2 juta bahagi 24 bulan. RM50,000 sebulan. Memang respect.”

– “Percayalah apabila kita ada niat dan usaha untuk langsaikan hutang-hutang, pasti ALLAH makbulkan satu persatu doa. Saya sudah melaluinya, sedikit masa lagi habis hutang.”

– “Stay humble bro, hidup sekarang keras. Orang yang baik selalu dikhianati.”

– “Ariff apabila sudah senang nanti tetaplah jujur dan humble macam sekarang. Moga terus berjaya dunia akhirat, aamiin.”

– “Alhamdulillah, berkat usaha yang tidak pernah kenal penat lelah.”

Baca juga: Dipaksa pinjam RM40,000 demi majlis kahwin gah, wanita sedih lihat suami tungkus lumus bayar hutang

Sumber: TikTok Ariff Peter, Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Azma ML

Published by
Azma ML

Recent Posts

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ‘ Walaupun penat, kini kami bersatu semula’

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ' Walaupun penat, kini kami bersatu…

10 hours ago

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

2 days ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

2 days ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

2 days ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

2 days ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

2 days ago