[VIDEO] Pintu tren LRT terbuka ketika bergerak laju, penumpang cemas

LAZIMNYA apabila menaiki kenderaan ataupun pengangkutan awam pintu dipastikan ditutup terlebih dahulu sebelum bergerak.

Ini bagi mengelakkan kemalangan dan insiden tidak diingini berlaku.

Namun begitu, seorang wanita berkongsi detik cemas apabila dikatakan pintu tren yang dinaikinya tidak tertutup ketika ia bergerak.

Video yang dirakam pengguna Twitter @perksofbeingsxf itu tular di laman sosial baru-baru ini.

Rakaman selama lapan saat itu memaparkan pintu tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbuka luas sehingga menampakkan rel dan bangunan di luar dengan jelas.

Iklan
Iklan
Stesen LRT Ara Damansara.

Difahamkan, kejadian pada jam 3 petang itu berlaku melibatkan sebuah LRT dari Ara Damansara menuju ke Lembah Subang.

Video tersebut telah mendapat sebanyak 191,000 jumlah tontonan sebaik sahaja dimuatnaik pada jam 9.38 pagi tadi.

Rata-rata warganet melahirkan kebimbangan sekiranya berdepan dengan kejadian seumpama itu kerana ia boleh mendatangkan kecederaan dan kemalangan kepada pengguna.

Baca juga LRT ‘Bertembung’ Insiden Pertama Tempoh 23 Tahun. 47 Parah, Panel Kaca Pecah Bertaburan

Komen warga maya:

– “Perghh bahaya. Kita sebagai pengguna apa yang boleh buat sebelum naik tren tengok nombor tren ataupun semasa di dalam tren boleh tengok nombor koc tren if ada masalah tak diingini berlaku.”

– “Ini sangat bahaya. Mungkin pihak Rapid KL tidak mengetahui hal ini. Ia perlu dijelaskan segera.”

– ”Setiap kali naik LRT suka duduk dekat bahagian pintu. Lepas itu terbayang kalau pintu tetiba terbuka macam tu. Hmmmm aku rasa aku tak wujud dah dekat dunia ni.”

Dalam perkembangan berkaitan pihak Rapid KL memohon maaf dan mengesahkan mengenai kejadian pintu tren terbuka ketika bergerak dari Stesen LRT Ara Damansara menuju ke Stesen LRT Lembah Subang.

Bagaimanapun, Pusat Kawalan Operasi telah bertindak segera menghentikan operasi tren terbabit.

“Pihak Rapid KL memohon maaf atas kejadian yang berlaku semalam sekitar jam 3.01 petang pada 26 Julai 2021. Pintu kereta api LRT Kelana Jaya terbuka semasa beroperasi selepas bertolak dari Stesen LRT Ara Damansara menuju ke Stesen LRT Lembah Subang.

“Kejadian itu disedari oleh Pusat Kawalan Operasi dan segera dihentikan perkhidmatan sebaik sahaja tiba di Stesen LRT Lembah Subang kira-kira 900 meter dari Stesen LRT Ara Damansara.

“Ia kemudian dihantar ke depot untuk pemeriksaan segera dan siasatan lanjut,” katanya.

Selain itu, Rapid KL juga memaklumkan tujuh penumpang yang berada di dalam tren tersebut ketika kejadian telah dipindahkan dengan selamat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Twitter @perksofbeingsxf

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

2 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

3 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

4 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

6 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

8 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

9 hours ago