LRT ‘bertembung’ insiden pertama tempoh 23 tahun. 47 parah, panel kaca pecah bertaburan

TRANSIT kereta api ringan (LRT) adalah sejenis transit rel bandar dengan Biarpun gerabak kereta api hampir serupa dengan trem tradisional, LRT beroperasi pada kapasiti dan kelajuan lebih tinggi di laluan khas.

Di sekitar Lembah Klang, LRT merupakan antara pengangkutan awam yang sering menjadi pilihan warga bandar menuju ke beberapa lokasi utama.

Laluan LRT Kelana Jaya misalnya adalah laluan transit kereta api kelima dengan sistem rel automatik tanpa pemandu pertama di Lembah Klang dan ia sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang.

Dengan perkhidmatan 37 stesen, jalur itu mempunyai trek dipisahkan gred sejauh 46.4 kilomter (km) yang bergerak di landasan bawah tanah dan laluan tinggi.

Petang semalam kita dikejutkan dengan insiden kemalangan melibatkan dua trend LRT laluan Kelana Jaya. Ia melibatkan kereta api bernombor 40 dan 81.

Iklan
Iklan

Impak kejadian terbabit seramai 47 penumpang dilaporkan parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, 213 penumpang yang menaiki pengangkutan awam berkenaan terlibat kemalangan di dalam terowong berhampiran Stesen KLCC.

Siasatan awal mendapati tren tersebut bertembung dengan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji secara kawalan manual tanpa diselaras dengan pusat kawalan.

Rentetan insiden itu laman media sosial tular dengan pelbagai video dan gambar kejadian menunjukkan taburan panel kaca pecah dan keadaan penumpang yang mengalami kecederaan ringan dan parah.

Ada yang menangis menahan kesakitan dan terkejut dengan kejadian yang disifatkan berlaku ‘sekelip mata’ sahaja.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa menerusi ciapan Twitter, laporan awal menunjukkan LRT yang membawa penumpang bertembung dengan LRT lain yang ‘kosong’, mengakibatkan penumpang ‘terhempas’ dan jatuh di dalam kenderaan awam itu.

“Kejadian itu berlaku di bawah tanah bangunan KLCC. Difahamkan, tiada kematian, tetapi ada yang cedera,” tulisnya.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong turut mengulas mengenai kejadian tersebut.

Menurut beliau kemalangan itu adalah yang pertama dalam sejarah LRT selepas 23 tahun beroperasi di Malaysia

Susulan itu, pihaknya akan menubuhkan pasukan petugas dan panel untuk menyiasat punca kemalangan.

“Esok ketua pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat akan menyampaikan laporan awal kepada saya.

“Dalam dua minggu, pasukan petugas akan menyampaikan laporan penyiasatan. Kami akan mengenal pasti sama ada kemalangan disebabkan kesalahan dalam sistem, isyarat atau komunikasi atau kesalahan manusia,” katanya.

Berikut antara insiden melibatkan kereta api dan transit aliran ringan di Malaysia.

12 April 2021
– Sejumlah penumpang terperangkap manakala beberapa buah tren terkandas apabila perkhidmatan LRT laluan Sri Petaling – laluan Ampang tergendala kerana pokok tumbang dalam cuaca hujan lebat.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang susulan sebatang pokok tumbang merentasi landasan tren dari Chan Sow Lin menghala ke Cheras. Bagaimanapun, penumpang yang terkandas berjaya dikeluarkan dengan selamat.

7 September 2016
– Sebahagian besar pengguna terkandas susulan tren aliran Kelana Jaya mengalami kelewatan disebabkan gangguan bekalan elektrik dari Masjid Jamek ke Ampang Park.

Ini menyebabkan penumpang terpaksa menunggu berjam-jam dan lewat tiba ke destinasi.

9 September 2016
– Penumpang terpaksa berjalan di tepi landasan dalam hujan ekoran LRT laluan Kelana Jaya mengalami masalah teknikal berikutan hujan lebat.

RapidKL kemudian mengumumkan perkhidmatannya kembali pulih pada jam 8 pagi. Bagaimanapun, sekali lagi tergendala disebabkan gangguan bekalan elektrik di salah sebuah tren dari stesen Setiawangsa menuju ke stesen KLCC.

24 September 2008
– Empat penumpang cedera ringan apabila sebuah tren Star-LRT melanggar belakang tren lain. Dilaporkan ketika kejadian kira-kira 300 penumpang berada di dalam dua tren berkenaan.

24 November 2007
– Dua gerabak di bahagian tengah tren Star LRT tergelincir dari landasan ketika menghampiri Stesen Sentul Timur yang menyebabkan perkhidmatan tren di lima stesen dari Sentul Timur ke Sultan Ismail terjejas.

Sementara itu, seramai 10 penumpang terperangkap di dalam lima tren yang terkandas, tetapi tiada sebarang kecederaan.

Share
Azma ML

Published by
Azma ML

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

1 hour ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

15 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

19 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

20 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

20 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

23 hours ago