SEMUA orang Islam mempunyai impian dan cita-cita menjejakkan kaki di Tanah Suci. Tidak kiralah untuk menunaikan ibadat haji mahupun umrah.

Namun, bukan semua orang dijemput ke sana meskipun sudah cukup wang ringgit.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Seperti seorang wanita bertuah yang berpeluang membuat ibadah umrah yang dihadiahkan oleh majikannya.

Siapa sangka kesetiaan berkhidmat selama 28 tahun di sebuah stesen minyak dibalas dengan hadian pekej umrah sebagai penghargaan.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna Tiktok @siti5847, pakej ibadah umrah dihadiahkan kepada pekerja yang dikenali sebagai Sapuan, 59, yang telah berbakti selama 28 tahun di sebuah stesen minyak di Pendang, Kedah.

Tulisnya di ruangan kapsyen,”Staf paling lagenda di stesen minyak Petronas Pendang. Long Servis Reward (Anugerah Pekerja Paling Lama Berkhidmat) ‘Pakej Umrah’ kepada beliau.”

Baca juga [VIDEO]Anak berlari ke pusara bapa bawa anugerah cemerlang bikin sebak

Iklan

Dalam video berkenaan, turut dikongsikan foto Sapuan bersama beberapa individu lain di dalam pesawat dan beberapa lokasi di Makkah.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi positif warga maya rata-rata memuji majikan tersebut kerana menghargai pekerja yang setia.

Iklan

Malah ada yang mengakui sudah lama mengenali mak cik Sapuan dan mengakui wanita itu telah bertugas di stesen minyak berkenaan sejak tahun 1992 lagi.

Ujar mereka;

“Sebab tu syarat untuk dijemput ke Tanah Suci bukanlah berharta/jutawan tetapi pentingnya niat dihati insya- ALLAH dipermudahkan.”

“Istiqamah dia dengan kerja, berkatnya di situ, saya mai dok pendang taun 1992, dia dok kt pam tu, sampai la dok pam tu la… ALLAH.”

Baca juga Kemalangan tragis ibu hamil ‘lahirkan’ bayi di tempat kejadian, suami luah sedih namun reda

“Tahniah kak. Beruntung sangat dapat ke Mekah.”

“Rezeki ALLAH tu pasti ada jika niat kita kerja mencari rezeki… Jangan makan yang haram, berkat.”

“Alhamdulillah untung dapat majikan yang baik. Siap bawa gi umrah lagi. Moga majikan bertambah rezeki.”

@siti5874 Staff paling Legend di Petronas Pendang. Long Servis Reward “Pakej Umrah” kpd beliau🥰 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #foryou #tiktok #viral #fypdongggggggg ♬ suara asli – Galeri Musik01