[VIDEO]Meriah sungguh! Pengantin cari isteri dalam bunjut kain batik bikin pecah perut

BILA sebut mengenai majlis perkahwinan, pasti akan membuatkan sesiapa sahaja tersenyum lebar mengenangkan memori kemeriahan pada hari tersebut.

Pelbagai peristiwa yang berlaku pada tarikh keramat itu yang mana pengantin baharu diraikan keluarga mentua.

Tambah lagi bila kehadiran saudara mara yang ramai sangat memeriahkan suasana.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Seperti sebuah video tular di TikTok, pengantin baru lelaki diminta keluarga mentua menyertai satu permainan suka-suka seusai majlis perkahwinannya.

Apa yang mencuri perhatian ramai apabila pengantin tersebut diminta mencari isterinya dalam kumpulan bunjut kain batik!

Menerusi video tersebut, pada awalnya lelaki berkenaan masih lagi tersenyum untuk mengangkat bungkusan bunjut pertama namun wajahnya bertukar sedikit cuak apabila dua kali salah meneka.

Namun akhirnya wajahnya kembali ceria apabila berjaya mendapatkan isterinya yang duduk berhampiran pelamin.

Difahamkan kejadian itu di Perak dan permainan tersebut hanyalah suka-suka bagi suai kenal pengantin dan sanak saudara.

Video yang dikongsi @faizalangah46 itu berjaya mendapat lebih 2.2 juta tontotan dan hampir 150,000 tanda suka setakat ini.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya memuji kemeriahan keluarga tersebut.

Ujar mereka;

“Ni adat negeri atau daerah mana ya ni? Macam best je, mak-mak pun sporting.”

“Pecah perut duk gelak tengok gelagat laki tu. Apa pun memang seronok keluarga ramai, semuanya happening.”

“Meriahnya! Hadir support best kalau buat macam ni…”

Baca juga Cikgu terima hadiah sayur, buah di majlis perpisahan, ramai tersentuh keikhlasan murid hargai guru

“Hurm dah ghupe pocong duduk dah dalam movie! Adoii bikin seram. Ni kalau sape tak tau ni mau cabut lari.”

“Masya-ALLAH macam tu susahlah nak pilih yang mana satu. Semuanya kena bungkus.”

“Nasib tak balut kain putih. Laki pun cabut lari haha.”

 

@faizalangah46myfamily…nk part 2 kasi ##fyp la…hahahah

♬ Selamat Pengantin Baru – Wann

@faizalangah46part 2..masih blm jumpa isteri beliau..hahahaha…komen laju2 nk part last..hahaha ##fyp ##flypシ

♬ Selamat Pengantin Baru – Zaleha Hamid

@faizalangah46finaly jumpa jugak…hahahahaha…gurauan family…##flypシ🤗❤️🙏

♬ Selamat Pengantin Baru – Puan Sri Saloma

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

4 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

5 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

5 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

7 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

10 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

11 hours ago