[VIDEO]Meriah sungguh! Pengantin cari isteri dalam bunjut kain batik bikin pecah perut

A
A
A

BILA sebut mengenai majlis perkahwinan, pasti akan membuatkan sesiapa sahaja tersenyum lebar mengenangkan memori kemeriahan pada hari tersebut.

Pelbagai peristiwa yang berlaku pada tarikh keramat itu yang mana pengantin baharu diraikan keluarga mentua.

Tambah lagi bila kehadiran saudara mara yang ramai sangat memeriahkan suasana.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Seperti sebuah video tular di TikTok, pengantin baru lelaki diminta keluarga mentua menyertai satu permainan suka-suka seusai majlis perkahwinannya.

Apa yang mencuri perhatian ramai apabila pengantin tersebut diminta mencari isterinya dalam kumpulan bunjut kain batik!

Menerusi video tersebut, pada awalnya lelaki berkenaan masih lagi tersenyum untuk mengangkat bungkusan bunjut pertama namun wajahnya bertukar sedikit cuak apabila dua kali salah meneka.

Namun akhirnya wajahnya kembali ceria apabila berjaya mendapatkan isterinya yang duduk berhampiran pelamin.

Difahamkan kejadian itu di Perak dan permainan tersebut hanyalah suka-suka bagi suai kenal pengantin dan sanak saudara.

[VIDEO]Meriah sungguh! Pengantin cari isteri dalam bunjut kain batik bikin pecah perut

Video yang dikongsi @faizalangah46 itu berjaya mendapat lebih 2.2 juta tontotan dan hampir 150,000 tanda suka setakat ini.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya memuji kemeriahan keluarga tersebut.

Ujar mereka;

"Ni adat negeri atau daerah mana ya ni? Macam best je, mak-mak pun sporting."

"Pecah perut duk gelak tengok gelagat laki tu. Apa pun memang seronok keluarga ramai, semuanya happening."

"Meriahnya! Hadir support best kalau buat macam ni..."

Baca juga Cikgu terima hadiah sayur, buah di majlis perpisahan, ramai tersentuh keikhlasan murid hargai guru

"Hurm dah ghupe pocong duduk dah dalam movie! Adoii bikin seram. Ni kalau sape tak tau ni mau cabut lari."

"Masya-ALLAH macam tu susahlah nak pilih yang mana satu. Semuanya kena bungkus."

"Nasib tak balut kain putih. Laki pun cabut lari haha."

 

@faizalangah46myfamily...nk part 2 kasi ##fyp la...hahahah

♬ Selamat Pengantin Baru - Wann

@faizalangah46part 2..masih blm jumpa isteri beliau..hahahaha...komen laju2 nk part last..hahaha ##fyp##flypシ

♬ Selamat Pengantin Baru - Zaleha Hamid

@faizalangah46finaly jumpa jugak...hahahahaha...gurauan family...##flypシ?❤️?

♬ Selamat Pengantin Baru - Puan Sri Saloma

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca