BILA sebut pasal petai, ada yang suka dan ada sebaliknya.

Petai atau dikenali sebagai Bitter Bean atau Stink Bean memang cukup terkenal dalam masakan Asia Tenggara dan dimakan sebagai ulam.

Walaupun rasanya yang pahit dan akan menyebabkan kencing berbau tetapi ia tetap menjadi kegemaran ramai masyarakat kita.

Mungkin sesetengah anak muda zaman sekarang langsung tidak menyentuh ulaman tersebut bahkan ada yang tidak pernah mendengar ‘makanan orang lama’ itu.

Berbeza pula dengan seorang kanak-kanak ini apabila dia kelihatan memakan petai dengan sangat berselera.

Menerusi perkongsian video oleh ibunya di aplikasi TikTok @juztmejay, anak perempuannya itu memang sangat menyukai petai.

Apa yang mencuri perhatian ramai apabila kanak-kanak tersebut hanya meratah petai itu. Macam kacang dibuatnya!

Baca juga [VIDEO]Anak makan sambil suap ‘kawan’ sebelah, lukisan ‘sosok’ buat ramai seram

petai

Lagi mengejutkan ramai, kanak-kanak perempuan itu juga dilihat bangun dan mengambil segenggam lagi petai untuk dimakannya.

Tulis ibunya di ruangan kapsyen, “Risau tak ada orang nak buat menantu. Mungkin rasa cikedis kot.”

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya terpegun melihat cara kanak-kanak tersebut menikmati petai. Ramai yang mengatakan orang dewasa pun makan hanya jika dimasak sambal.

Ujar mereka;

“Hebat kau dik, acik makan petai pun kena dengan nasi dan sambal. Kau boleh ratah gitu je.”

“Bestla adek… makan petai macam kunyah gula-gula. Mak cik pon boleh makan petainya dah siap masak je.”

Baca juga Ibu terkejut, anak 2 tahun ditinggal sendirian dalam taska berkunci dan gelap

“Ya Allah dik… terliur pulak acik tengok awak makan. Acik pun hantu petai.”

“Sedap dik, akak pun suka makan gitu, dapat petai yang masak tuh pergh lagi terangkat macam kacang.”

“Bagus adik makan ulam-ulam dari kecil, besar nanti boleh awet muda. Teruskan lantak orang nak kata apa.”

Terbaik dik, susah juga nak jumpa kanak-kanak makan ulam-ulaman ni tambah lagi petai.

@juztmejay Mungkin rasa cikedis kot #fyp #petai #makanpetai #budakkecik ♬ original sound – Siti Nurjannah Abu B

Sementara itu, petai mempunyai khasiat yang luar biasa, antaranya;

1. Meningkatkan fungi kognitif otak

Zat kalium yang terkandung di dalam petai merupakan zat yang amat penting bagi tubuh. Tubuh kita memerlukan kalium kerana ia dapat menjaga cairan dan keseimbangan elektrolik.

Dengan itu, ia dapat meningkatkan kadar oksigen ke otak, yang memberangsangkan kegiatan saraf dan meningkatkan kognitif. Justeru, ia memperkukuhkan lagi daya ingatan seseorang.

2. Mencegah anemia

Iklan

Anemia adalah keadaan apabila badan kita kekurangan darah. Seseorang akan selalu berasa letih, berkelihatan pucat serta merasakan dirinya hendak pitam apabila mengalami anemia.

Petai mempunyai zat besi yang tinggi yang dapat membantu dalam merangsangkan pembentukan hemoglobin dalam darah. Dengan itu, ia dapat mencegah anemia.

Abaikan soal bau! Petai mampu mencegah masalah kemurungan.

3. Jaga kesihatan jantung

Petai mengandungi zat kalium yang tinggi mampu mengurangi tekanan darah serta ia baik untuk kesihatan jantung.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kalium amat penting bagi kesihatan jantung.

Iklan

4. Menjaga sistem penghadaman

Jika mengalami masalah penghadaman, boleh cuba memakan petai. Petai mempunyai serat yang dapat membantu proses penghadaman yang lebih baik dan mencegah sembelit.

5. Mencegah kemurungan

Petai mengandungi triptofan, sejenis protein yang diubah menjadi serotonin. Dengan jumlah serotonin yang tentu, ia dapat membahagiakan korang!

Sumber: TikTok @juztmejay, berita mediacorp