KISAH seram diusik entiti sejak kebelakangan ini nampaknya banyak dikongsikan dalam media sosial terutamanya menerusi aplikasi TikTok.

Mana tidaknya, banyak video pendek yang dikongsikan pengguna TikTok membuatkan ramai tergamam dan meremang bulu roma.

Seperti yang dikongsi seorang wanita ini apabila dirinya sangat terkejut tiba-tiba ada jelmaan wajah misteri dalam video OOTD (outfit of the day) miliknya.

Katanya ketika itu niatnya hanya untuk merakam video keindahan tempat tersebut yang tular sebelum ini namun lain pula jadinya.

“Masa tu dekat nak Maghrib, niat nak buat video keindahan Telaga Tujuh Langkawi, teringin nak pergi naik tangga menuju ke langit ke tujuh yang viral kat Langkawi baru-baru ini.

“Tak sangka bila balik terkejut tengok video. Video yang aku pakai cermin mata tu aku dah turun sampai bawah.

“Mai mana lah muka macam aku yang muncul di akhir video sedang tengok kamera. Tukang ambil video pun terkejut,” tulisnya dalam video tersebut.

melancong Langkawi, Melaka & Cameron Highlands

Memang sangat ngeri melihat wajah yang mirip dirinya dan nampak serius dan merenung tajam arah kamera.

Iklan

Rata-rata warga maya seram dengan video tersebut. Sehingga kini video berkenaan telah ditonton hampir 3.5 juta dan lebih 250,00 tanda suka.

Ujar mereka;

“Saya tidur berdiri malam ni sebab takut.”

“Sumpah jantung aku laju tengok akhir video tu.”

“Time kamera naik, buka cermin mata buat muka garang?”

“Aku tak nampak apa, tapi baca komen dan tengok semula video tu, menyesal!”

“Aku dah berjaya pause, dapat tengok muka mak cik tua ya guys!”

Seram betul!

Iklan
@larraaida6977MENYERAMKAN..x akan p dah tempat ni…mungkin p dah dekat nak MAHGRIB🙁##fyp##fyppp ##LANGKAWI ##ceolangkawi##tiktoktrending##tiktokviral♬ Ulek Mayang – Ella