Volvo gabungan Modenas Jaguh ala-ala ‘food truck’ berjaya curi tumpuan pelanggan

DEK Kerana minat yang mendalam terhadap kereta klasik jenis Volvo 122 Amazon, seorang peniaga nasi lemak, Mohsin Yusof sanggup berhabis untuk membeli 10 buah kereta jenis berkenaan demi memenuhi kehendak hobinya itu.

Mohsin bukan sahaja membeli kereta klasik keluaran tahun 1960-an itu, malah turut mengubah suai kesemua kereta berkenaan sebagai kenderaan yang unik sekali gus menjadi tarikan kepada orang ramai.

Katanya, dua daripada lima kereta yang berjaya diubah suai kini menjadi kenderaan utama dia dan isterinya, Norazlina Jaafar, 38, berniaga nasi lemak di Pekan Senggarang sehingga mendapat jolokan nama ‘Nasi Lemak Volvo RM1’.

Iklan
Iklan

“Lima kereta Volvo yang telah saya ubah suai ini mempunyai nama tersendiri seperti Master Hawk, Mini On dan Sampan Volvo Jaguh. Selain itu, satu daripada kenderaan berkenaan sering disewa untuk majlis-majlis tertentu seperti persaraan serta perkahwinan.

“Malah, salah sebuah kereta terbabit kini dalam proses mengubah suai untuk dijadikan gerai bergerak ala-ala ‘food truck’ (trak makanan) untuk saya gunakan bagi berniaga nasi lemak pada masa akan datang,” katanya.

Menurut Mohsin lagi, dia memulakan hobi ‘unik’ itu sekitar lima tahun lepas kerana kesukarannya untuk membawa nasi lemak ke tapak jualan kira-kira satu kilometer dari kediamannya, yang ketika itu hanya menggunakan motosikal jenis Modenas Jaguh.

Kata bapa kepada tiga cahaya mata berusia antara 5 hingga 13 tahun itu, pada waktu itulah dia mula mengubah suai kereta antik yang dibeli beberapa tahun sebelum itu untuk menjadi ‘kenderaan khas’ bagi dia dan isterinya membawa lebih kurang 500 bungkus nasi lemak setiap hari.

“Saya tidak sangka yang kereta Volvo dan gabungan motosikal Modenas Jaguh ini kini menjadi tarikan dan dalam masa yang sama turut berfungsi melariskan jualan nasi lemak saya ini berbanding sebelumnya.

“Dalam sibuk mengubah suai kereta berkenaan, ada sebuah daripadanya saya kekalkan dalam bentuk yang asal dan digunakan untuk pengangkutan utama saya.

“Ramai orang pada mulanya mengatakan ia pelik setelah melihat saya membeli ‘kereta buruk’ berkenaan banyak-banyak, tetapi setelah melihat hasilnya barulah mereka faham,” katanya yang telah berhabis sekitar RM60,000 untuk hobinya itu.

BERNAMA

Share
Meen

Biodata Penulis

Published by
Meen

Recent Posts

Percutian sekeluarga berakhir tragedi, bapa dan dua anak ditemukan lemas

DUA jam sebelum kejadian tiga beranak meninggal dunia akibat lemas, si ayah yang dikenali sebagai…

4 hours ago

Azmi Saat jawab persoalan netizen tentang siapa jaga bayinya. ‘Kami bukan pasangan buta pertama berbuat demikian’

UMUM mengetahu vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad menimang cahaya mata perempuan…

6 hours ago

Dulu menyewa, kini Hafiz Mahamad kongsi kediaman sendiri bikin ramai terpegun.’ Simple tapi mewah & elegan. Cantiknya!

PEMPENGARUH terkenal Hafiz Mahamad dan isteri, Syafiqah Aina baru-baru ini berkongsi rumah baharu mereka meraih…

8 hours ago

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

1 day ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

2 days ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

2 days ago