8 juta rakyat Malaysia berdepan dengan masalah jantung. Jangan jadi sebahagian daripada statistik itu lagi!
EKORAN pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan kemudian beralih kepada Pelan Pemulihan Negara, rakyat Malaysia terpaksa duduk di rumah bagi membendung wabak Covid-19 agar tidak terus menular.
Namun, siapa sangka tindakan itu telah memburukkan lagi pelbagai masalah kesihatan yang serius khususnya penyakit berkaitan dengan jantung.
Sebenarnya, penting untuk diketahui bahawa penjagaan kesihatan jantung adalah mustahak, lebih-lebih lagi sewaktu wabak membunuh itu bermaharajalela.
Perlu difahamai bahawa individu dengan penyakit itu lebih berisiko mengalami gejala atau komplikasi lebih buruk sekiranya dijangkiti Covid-19.
Menurut Persekutuan Jantung Sedunia, situasi tersebut berlaku kerana sistem imun penghidap penyakit jantung biasanya lebih lemah, menjadikan mereka lebih terdedah kepada komplikasi virus yang parah.
Semakin banyak kajian menunjukkan, ramai bekas pesakit Covid-19 mengalami kerosakan jantung, walaupun tiada sejarah penyakit jantung atau tidak dimasukkan ke hospital.
Buktinya, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati, kolesterol tinggi yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung.
Ia telah menjejaskan 8 juta atau 40 peratus orang dewasa di Malaysia.
Bukan itu sahaja, serangan jantung telah menjadi pembunuh utama negara kita selama lebih 15 tahun.
Mengakui hakikat itu, Pakar Kardiologi dari Institut Jantung Negara (IJN), Dr Rohith Stanislaus berkata, orang ramai dapat menyaksikan satu trend umum bahawa paras kolesterol di Malaysia semakin meningkat seiring kenaikan kadar penyakit arteri koroner dan serangan jantung.
Kepada SinarPlus, pakar itu memaklumkan, penyakit jantung koronari berlaku apabila plak terdiri daripada kolesterol, lemak, kalsium dan sisa lain termendap pada saluran jantung.
"Pengumpulan plak inilah yang menjadi penyebab utama serangan jantung berlaku apabila saluran tersebut tersumbat sepenuhnya dan menyekat bekalan darah ke jantung," terangnya dalam satu kenyataan.
Pun demikian, sebenarnya kita masih mampu mengawal beberapa faktor risiko utama penyakit jantung koronari.
Bagaimanapun, penjagaan kesihatan dan usaha mengubah gaya hidup sewaktu pandemik bukan semudah disangka, khususnya bagi mereka yang hidup dengan masalah jantung sedia ada.
Namun, ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil bagi meletakkan jantung agar kembali pada landasan yang betul.
DIET
Menurut Dr Rohith, diet yang seimbang, sihat dan terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan utama dapat membantu mengekalkan kesihatan jantung.
"Kurangkan pengambilan gula diproses dan garam serta makanan yang tinggi lemak tepu dan lemak trans.
"Ia bukan sahaja satu langkah yang berkesan, tetapi juga mudah diamalkan di rumah," katanya.
Selain itu, ujarnya, orang ramai perlu terapkan lebih pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ke dalam diet.
"Ingat, makanan berasaskan tumbuhan mengandungi pelbagai bahan yang dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular.
"Jadi, tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ini dapat membantu mengurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi," sarannya.
Jelas sekali, Dr Rohith membuat kesimpulan bahawa amalan mengehadkan lemak tepu dan trans turut membantu mengurangkan paras kolesterol darah dan risiko penyakit arteri koronari.
Di samping itu, makanan yang kaya asid lemak omega-3 dapat membantu memerangi penyakit jantung.
"Antara (kaya asid lemak omega-3) ialah salmon, tuna, sardin dan ikan hering," ungkapnya.
Bukan itu sahaja, pengambilan sterol tumbuhan yang mencukupi juga terbukti dapat merendahkan kolesterol secara berkesan iaitu sekurang-kurangnya 1.2 gram (g) sterol tumbuhan sehari.
Namun, bagi mendapatkan jumlah itu, seseorang perlu makan sekitar 255 biji tomato, 90 biji epal atau 126 batang lobak merah.
"Struktur sterol tumbuhan mirip kolesterol dalam badan kita. Selepas dimakan, ia akan bersaing dengan kolesterol dalam sistem penghadaman untuk diserap. Kesannya, penyerapan kolesterol tersekat dan menyebabkan paras kolesterol darah kita turun,” jelas Dr Rohith.
PENGAKUAN PESAKIT
Salah seorang pesakit jantung di IJN, Sokalingam Karuppiah, 57, berkata, beliau telah menjalani prosedur Intervensi Koronari Percutaneus dan Pintasan Graft Arteri Koronari bagi dua serangan jantung masing-masing pada tahun 2013 dan awal tahun ini.
Selepas itu, beliau terpaksa membuat perubahan drastik dari segi diet bagi menjaga kesihatannya.
“Sekarang saya makan lebih banyak ikan selain menyingkirkan makanan berminyak dari diet saya dengan meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya.
Sementara itu, Siah Peck Hwa, 41, ibu kepada dua cahaya mata berkata, NESTLÉ Omega Plus telah banyak membantu menguruskan paras kolesterolnya.
"Saya mendapati kolesterol saya telah menurun apabila saya bermula mengambil susu ini. Kini, paras kolesterol saya jauh berbeza daripada sebelumnya," ujarnya.
Mengulas mengenainya, Dr Rohith berkata, kuantiti makanan yang dimakan juga sama penting dengan jenis makanan yang diambil.
Tabiat negatif seperti makan sehingga terlalu kenyang, pengambilan karbohidrat dan protein yang tidak sihat dan menikmati ‘pusingan’ kedua makanan, dapat menyebabkan pengambilan kalori yang berlebihan.
Tegas beliau, amalan diet sihat merupakan kunci yang penting, senaman juga merupakan ‘ubat’ yang mujarab dalam menurunkan kolesterol dan menjaga kesihatan jantung.
"Mengemop lantai rumah atau aktiviti berkebun mungkin kurang menyeronokkan kalau dibandingkan dengan joging atau kelas zumba, tetapi aktiviti-aktiviti dan tugasan rumah sedemikian dapat membuatkan badan bergerak.
"Aktiviti semudah berjalan-jalan, menaiki tangga dan tugasan rumah dapat memanfaatkan jantung apabila dijadikan amalan rutin," katanya sambil diakui oleh salah seorang pesakit jantung, Malek Mohamed.
Malek yang juga bapa kepada tiga cahaya mata itu menderita penyakit jantung sejak tahun 2006 dan perlu menelan 10 hingga 12 pil ubat setiap hari.
“Aktiviti seperti Walk A Million Miles sangat bermanfaat. Menyedari saya sedang melangkah ke satu misi yang dekat dengan hati saya, ia menjadi pembakar semangat saya untuk menyumbangkan langkah saya pada tahun ini," katanya.
HINDARI TEKANAN
Dr Robith menambah, perubahan gaya hidup dan pemeriksaan kesihatan merupakan kunci utama kepada masalah jantung.
Ini kerana faktor risiko penyakit kardiovaskular terbahagi kepada dua kategori iaitu
i) Dapat diubah.
ii) Tidak dapat diubah.
"Faktor risiko penyakit kardiovaskular yang tidak dapat diubah berpunca daripada faktor genetik.
"Sementara faktor risiko penyakit kardiovaskular yang boleh diubah adalah faktor yang dapat dikurangkan atau dikawal melalui perubahan tingkah laku seperti tabiat alkohol dan merokok,” jelasnya.
Tidak pernah terlalu awal atau lambat untuk mengorak langkah menjaga kesihatan.
Paling penting, saringan awal perlu dilakukan untuk mereka yang menghadapi pelbagai faktor risiko dan mereka yang berusia 40 tahun ke atas, kata beliau.
"Harus diingatkan bahawa kepatuhan diet yang ketat, rutin senaman dan pemantauan kesihatan di rumah tidak boleh menggantikan pemeriksaan rutin.
Baca juga: Awas! Serangan jantung ketika bersenam, ketahui tanda-tanda awal
"Oleh itu, disarankan untuk menggabungkan lawatan doktor serta ujian berkala dengan peralatan di rumah untuk menjamin bacaan yang betul," pesannya.
NOTA: NESTLÉ Omega Plus mengalu-alukan khalayak ramai untuk turut serta dalam Walk A Million Miles 2021 dengan memuat turun aplikasi mudah alih BookDoc untuk menjejaki bilangan langkah mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenainya, sila layari laman web https://www.dearnestle.com.my/bm/brand-story/nestle-omega-plus atau https://www.facebook.com/NestleOmegaPlus/.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang