95 peratus rakyat Malaysia pertengahan usia bimbang tentang kesihatan tulang mereka. Ini apa yang perlu dilakukan

A
A
A

SEMPENA Hari Osteoporosis Sedunia

DALAM tinjauan terbaharu yang dijalankan, 95 peratus dalam kalangan warga Malaysia yang berusia 40 hingga 59 tahun bimbang dengan kesihatan tulang mereka. Masakan tidak, ia boleh memberi impak kepada kekuatan dan pergerakan apabila usia semakin meningkat.

Antara tiga faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada masalah itu adalah:

a) Kurang bersenam.

b) Pendedahan kepada cahaya matahari yang tidak mencukupi (untuk penghasilan vitamin D dalam badan bagi membantu penyerapan kalsium)

c) Mengelak daripada mengambil produk tenusu yang merupakan sumber kalsium harian.

Hasil tinjauan juga mendapati, rakyat Malaysia (pertengahan usia) menyedari tentang kepentingan memiliki tulang yang kuat, namun 42 peratus dalam mereka berkata, keutamaan mereka kini adalah melindungi diri daripada dijangkiti Covid-19.

Sementara itu, tinjauan Anlene yang dilakukan secara blind survey pada awal bulan Ogos lalu yang melibatkan 320 responden pertengahan usia pula mendapati, masih terdapat jurang dalam memahami soal kesihatan tulang.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Pematuhan di Fonterra Brands Malaysia, Megawati Suzari berkata, situasi itu telah mendorong pihak Anlene melancarkan kempen pendidikan sempena Hari Osteoporosis Sedunia 2021 yang disambut pada 20 Oktober setiap tahun.

Kempen ini akan mengetengahkan bagaimana tulang kita yang mungkin menjadi semakin lemah seawal usia 30-an setelah mencapai puncak jisim tulang. Jadi, kita perlu melakukan intervensi gaya hidup untuk membantu melambatkan proses ini supaya tulang kita boleh terus memberi sokongan kepada gaya hidup yang aktif dengan pergerakan yang baik sehingga pada usia emas,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk menjaga dan memperoleh kesihatan tulang yang baik, Megawati menasihatkan beberapa perkara berikut:

a) Orang dewasa boleh menjaga kesihatan tulang mereka dengan melakukan senaman berkala untuk membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat.

b) Mengambil diet seimbang yang mengandungi zat-zat penting seperti kalsium, vitamin D dan protein.

c) Mengekalkan berat badan dalam julat normal indeks jisim tubuh juga penting kerana kurang berat badan (Indeks Jisim Tubuh kurang daripada 19kg/m2) mampu mempengaruhi kesihatan tulang kita.

Tinjauan tersebut juga mendapati, 30 peratus responden tidak tahu berapa banyak kalsium dan vitamin D yang harus diambil setiap hari dan hanya 30 peratus responden meminum susu setiap hari.

Orang dewasa disarankan untuk mengambil sekitar 1,000 hingga 1,200mg kalsium dan 15 hingga 20mcg vitamin D dalam sehari sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan tulang harian mereka. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa dalam diet harian yang kekurangan makanan kaya dengan kalsium, mungkin sukar untuk memenuhi keperluan kalsium harian kita,” ujarnya.

Justeru, penting untuk kita mengenal pasti sumber makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, sayuran berdaun hijau, ikan bilis, produk soya atau produk diperkaya kalsium lain.

Sumber vitamin D pula boleh didapati dalam ikan berlemak seperti salmon dan sardin, kuning telur serta produk diperkaya vitamin D termasuk susu.

Sehubungan itu, kami menggalakkan semua orang dewasa untuk membuat pilihan makanan yang bijak dan mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet seimbang. Produk tenusu yang mengandungi zat-zat penting seperti kalsium, vitamin D dan protein membantu untuk memenuhi keperluan pemakanan harian mereka,” katanya.

Sebagai contoh, kata Megawati, setiap gelas susu Anlene dilengkapi dengan zat-zat utama yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan harian orang dewasa.

Rangkaian ACTIFIT 3X dilengkapi dengan kalsium tinggi, protein tinggi, kolagen, dan vitamin B2, B6, B12, C, D, dan E.

Sementara Anlene GOLD 5X dirumuskan secara saintifik untuk orang dewasa berumur 45 tahun dan ke atas, dengan zat-zat penting seperti tersebut tadi, ditambah dengan MFGM Active yang membekalkan membran globul lemak susu. Ia juga tiada gula tambahan.

Osteoporosis

Dalam pada itu, Pakar Perunding Kanan Surgeri Ortopedik, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan UM Specialist Centre, Profesor Madya Dr Nor Faissal Yasin menasihati rakyat Malaysia untuk memberi perhatian kepada risiko mengalami penyakit yang berkaitan dengan tulang seperti osteoporosis yang mungkin dihadapi oleh satu daripada empat rakyat Malaysia (terutamanya golongan wanita) berumur 50 tahun dan ke atas.

Osteoporosis ialah penyakit senyap yang sering hanya diketahui apabila berlakunya keretakan tulang, biasanya pada pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang belakang. Faktor risiko termasuk kekurangan pengambilan kalsium dan vitamin D, kekurangan aktiviti fizikal, kurang berat badan, merokok, pengambilan alkohol secara berlebihan, usia lanjut, serta sejarah keluarga,” katanya yang mahu golongan dewasa pertengahan usia harus memandang serius terhadap penjagaan tulang.

Kata beliau, pencegahan osteoporosis merupakan amalan sepanjang hayat yang boleh bermula dengan mengamalkan tabiat gaya hidup yang sihat termasuklah amalan pemakanan yang seimbang dan kekal aktif secara fizikal dengan lebihkan masa berjalan setiap hari.

"Warga Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas juga disyorkan untuk berunding dengan pakar penjagaan kesihatan untuk menilai kesihatan tulang mereka setiap tahun," tambahnya lagi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca