All Clean Virus Fit SK magic bantu singkirkan virus, bakteria, habuk di dalam ruangan tertutup. Gajet wajib ada di rumah

A
A
A

JENAMA kelengkapan rumah terkemuka dari Korea Selatan, SK magic baru-baru ini memperkenalkan pelancaran penulen udara terbaharunya, All Clean Virus Fit.

Pengarah Urusan SK magic Malaysia, Kim Kyung Won berkata, inovasi terbaharu yang berdaftar dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah AS itu mampu menyingkirkan 99.99 peratus virus Covid-19, selain berupaya menyingkirkan bahan pencemar udara yang biasa ditemui di dalam ruang tertutup seperti bakteria, virus, kulat dan habuk.

Alatan tersebut juga berkesan untuk pengguna yang mengalami masalah pernafasan atau alahan.

“Di SK magic, kami sentiasa mencabar diri dan mencari penyelesaian inovatif bagi membudayakan gaya hidup yang sihat dan berkualiti menerusi produk daripada jenama ini.

Bagi mencapai matlamat ini, kami berbesar hati memperkenalkan penulen udara All Clean Virus Fit bagi membebaskan kediaman rakyat Malaysia daripada virus Covid-19 termasuk varian Delta. Seperti semua produk SK magic, inovasi ini dilengkapi teknologi serba canggih dan reka bentuk yang sofistikated pada harga berpatutan,“ katanya.

Bagi menjamin perlindungan menyeluruh, All Clean Virus Fit juga dilengkapi ciri sedutan pintar 360 darjah dari pelbagai arah, selain memiliki pensterilan UV Arc Core dan Penapis Habuk Gentian Tembaga Ultra Halus.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi SK magic Malaysia https://www.skmagic.com.my atau laman Facebook myskmagic.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca