Aroma menyelerakan apam daun rambai, cicah sambal tumis pun sedap

APA menariknya apam daun rambai? Persoalan itu penulis tujukan kepada anak jati Negeri Sembilan, Nurfadhilah Mat Nasir, 37, yang mengaku mahir membuat sajian berkenaan.

Kepada SinarPlus Nurfadhilah berkata, keistimewaannya ialah pada daun rambai yang digunakan membaluti separuh kuih berkenaan.

“Haruman daun rambai memang menjadikan kuih apam ini lain daripada lain. Itu sebab rata-rata majlis keramaian atau kenduri-kendara terutama di Johol, Negeri Sembilan akan menghidangkan apam daun rambai untuk para tetamu yang hadir,” katanya ketika dihubungi SinarPlus baru-baru ini.

Menurut peniaga sayur kampung di Pasar Tani Ampangan, Paroi dan Tampin itu, kuih itu juga dikenali dengan nama apam Johol disebabkan sajian menu petang berkenaan memang sangat popular di sana.

Iklan
Iklan

“Selalunya kuih ini akan dibuat secara beramai-ramai ketika satu-satu majlis diadakan seperti kenduri perkahwinan. Masa itulah kami berkumpul beramai-ramai, masing-masing akan tunjuk skil.

“Satu perkara yang menarik, kami tak perlu beli daun rambai kerana pokok rambai terdapat banyak di kampung-kampung,” katanya.

Warisan keluarga

Kata wanita itu lagi, kalau ditanya ramuan yang digunakan untuk kuih apam daun rambai, ia sama seperti apam yang lain iaitu memerlukan tepung, yis, marjerin dan beberapa bahan asas yang lain.

“Biasanya bila adunan sudah diadun sempurna, saya akan kukus selama 30 minit sahaja. Memang ya, apam yang sudah masak sebati akan memberikan aroma cukup menyelerakan lebih-lebih ketika perut kosong. Rasa manis dengan wangian rambai membuatkan kita akan makan lebih daripada satu,” katanya berseloroh.

Di Negeri Sembilan, apam lazimnya enak dicicah bersama rendang, kuah kari atau sambal tumis ikan bilis. Wah! Memang kecur air liur dibuatnya.

Berbicara lanjut, Nurfadhilah memberitahu, beliau mempelajari membuat kuih apam rambai daripada ibunya.

“Saya sebenarnya suka belajar pelbagai jenis masakan dan kuih-muih tradisi seperti apam daun rambai menggunakan resipi warisan keluarga.

“Tidak seperti orang lain yang menggunakan gula pasir bagi kebanyakan kuih, saya menggunakan gula gerek atau lebih dikenali sebagai gula melaka yang akan dicairkan dengan sedikit air sedikit untuk menghasilkan warna keperangan yang cukup cantik untuk satu-satu kuih,” katanya yang gemar berkongsi resipi menerusi media sosial.

RESIPI KUIH APAM DAUN RAMBAI

Bahan-bahan

  • 300 gram tepung gandum
  • 100 gram gula merah (dilarutkan dengan 1 1/2 cawan air.)
  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu gula pasir
  • 1/2 bungkus yis
  • Daun rambai secukupnya
  • Sedikit minyak untuk dioleskan pada daun rambai

Cara-caranya:

  1. Cairkan gula merah dengan air.
  2. Dalam satu bekas lain, satukan tepung dengan marjerin dan gula pasir sehingga sebati kemudian masukkan yis.
  3. Tuangkan larutan gula melaka ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan kacau rata.
  4. Kemudian perapkan adunan apam selama tiga hingga empat jam.
  5. Biarkan adunan apam naik sehingga tiga kali ganda.
  6. Setelah diperap, sediakan daun rambai yang telah dicuci bersih, kemudian oleskan daun rambai dengan minyak masak.
  7. Letak adunan ke atas daun rambai dan bungkus rapi.
  8. Setelah siap, bungkusan adunan dikukus selama 30 minit.
  9. Siap untuk dihidangkan bersama sambal tumis dan air kopi.

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

1 hour ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

2 hours ago

16 tahun kahwin, kejujuran rahsia kebahagiaan Mawi & Ekin.’ Tak pernah kongkong, periksa telefon suami’

16 TAHUN melayari bahtera perkahwinan, penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani atau mesra dengan panggilan…

3 hours ago

Isu tanah 2 nama dipindah milik secara tidak sah telah diratifikasi semula, Amar Baharin sedia berunding. ‘Saya setia menunggu…’

BARU-baru ini, pelakon Amar Baharin meluahkan perasaan tidak puas hati berkaitan pemilikan tanah di Semenyih,…

3 hours ago

Tidak tahan bebelan suami, ibu campak anak lelaki pekak, bisu dalam sungai buaya

  TRAGIS! Disebabkan tidak tahan mendengar ‘bebelan’ suami kerana melahirkan anak pekak dan bisu, seorang…

7 hours ago

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

18 hours ago