Bayi sumbing: Waspada kandungan bahan dalam produk skincare

A
A
A

TIDAK dapat dinafikan keadaan bayi dalam kandungan bergantung pada persekitaran, pemakanan dan juga ubat-ubatan yang diambil ketika ibu sedang hamil.

Pada masa sama, pengambilan ubat seperti tretinoin, phenytoin dan warfarin semasa hamil berisiko menyebabkan sumbing (cleft palate) pada bayi yang dilahirkan.

Mengulas lanjut mengenai itu, Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan, Fahmi Hassan berkata ubat-ubat berkenaan mengandungi kesan teratogenik yang boleh memberi kesan kepada pertumbuhan bayi dalam kandungan terutamanya.

"Sebenarnya tretenoin adalah ubat untuk merawat jerawat. Ada dalam bentuk kapsul oral and krim sapuan. Hati-hati kerana sudah banyak skincare yang mengandungi bahan itu.

"Warfarin pula ubat cair darah mana phenytoin ni ubat sawan," jelas Fahmi.

Namun demikian, doktor akan mempertimbangkan risiko dan kelebihan jika ubat tersebut benar-benar diperlukan.

"Secara amnya kita akan cuba avoid secara total," katanya ketika dihubungi SinarPlus baru-baru ini.

Tegas Fahmi, untuk krim sapuan di muka, jika kandungannya adalah yang dibenarkan untuk kosmetik, tiada masalah kepada kandungan kehamilan.

"Produk yang dicampur dengan racun berjadual macam tretinoin, boleh diserap dan akan memberi kesan kepada kandungan tetapi risikonya kurang berbanding dengan ubat oral atau suntikan," ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca