Bermain sambil belajar sampai puas, ini keunikan lebih 30 permainan interaktif di Wonderpark Melaka

KESERONOKAN tanpa had dan pembelajaran kreatif untuk semua! Itu antara keunikan teknologi pendidikan (EdTech) yang ditawarkan di Wonderpark Melaka.

Taman tema keluarga tertutup terbesar di Melaka itu menyajikan lebih 30 permainan interaktif yang pastinya membuatkan pengunjung khususnya si kecil tidak mahu pulang.

Ketua Pemasaran Kiddo Heritage Sdn Bhd, Sharul Nazreq Mamat berkata, pihaknya berusaha untuk mewujudkan sebuah destinasi liburan terbaik untuk semua peringkat umur.

“Kami bukan sahaja mahu membawakan keseronokan bermain, malah si kecil dapat mengembangkan minda dengan pengalaman pembelajaran kreatif dengan kaedah genius.

“Justeru, kami sentiasa bersedia untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan praktikal untuk memupuk minat belajar dalam diri pengunjung khususnya si kecil,” katanya yang mesra disapa Roy Sharul.

Iklan
Iklan

Bagi menambah keterujaan pengunjung, pihaknya turut memperkenalkan fasiliti terbaharu seperti Candyworld Selfie Zone, kiosk foto kamera 360° dan tiga bilik karaoke yang ditambah baik.

“Untuk makluman, semua kemudahan kami sudah ditambah nilai selepas pelaksanaan projek naik taraf sebelum ini. Oleh itu, kami sediakan permainan berteknologi terkini yang mampu memenuhi citarasa semua.

Baca juga Enjoy sakan sempena minggu terakhir cuti sekolah, ini 5 lokasi di Selangor jadi tumpuan ramai

“Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Taman Permainan Gergasi KidZone, i-Heritage, Muzium Selfie, ActionPlay, GameZone PS5, ColorAlive, STEM4D Max Classroom, permainan arked dan banyak lagi,” kata beliau.

Untuk perancangan masa depan, Roy Sharul turut memaklumkan pihaknya sedang merangka pelbagai agenda penting untuk menarik lebih ramai pengunjung khususnya golongan remaja.

“Setakat ini, keluasan Wonderpark lebih 1,114.84 meter persegi dan masih terdapat ruang kosong untuk dimanfaatkan sebagai zon permainan baharu.

 

“Kapasiti pengunjung pula dihadkan kepada 250 orang pada satu-satu masa. Bagi mereka yang datang, hanya bayar sekali sahaja untuk bermain semua permainan sampai puas,” ujarnya yang turut menyediakan kemudahan surau dan tandas.

Baca juga Patutlah tersenarai tempat ke-7 ‘syurga makanan’ terbaik di Asia Tenggara, ini 10 destinasi popular di Melaka wajib singgah

Bagi kalian yang merancang untuk bercuti di sana, jangan bimbang soal makanan kerana terdapat kafe khas untuk pengunjung yang mahu berehat sambil menunggu anak-anak bermain.

Selain itu, kepada pengunjung yang berhasrat untuk meraikan ulang tahun kelahiran, usah risau bab dekorasi, makanan dan susun atur meja kerusi kerana semuanya disedikan pasukan Wonderpark Melaka termasuklah slot hiburan.

Bagi pakej lawatan sambil belajar, peserta rombongan akan diberikan satu tiket masuk, satu hidangan makanan dan kit pembelajaran yang mengandungi silibus aktiviti ilmiah khas.

Jangan ketinggalan untuk menyertai Peraduan SinarPlus X Wonderpark Melaka sempena sambutan Anniversary SinarPlus ke-4.

Tawaran 100 baucar eksklusif untuk tiket masuk dan makanan buat pemenang. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan untuk bermain di Wonderpark Melaka secara percuma dengan menyertai peraduan mudah.

Penyertaan dibuka bermula 3 hingga 24 Mac ini dan dapatkan borang peraduan di SinarPlus, edisi Ahad Sinar Harian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

 

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

Tumbuhan hijau sumber inspirasi, Darwennah Siska guna nama sendiri untuk jenama fesyen. ‘Unik, rare & pilihan ibu tersayang’

MINAT dalam dunia fesyen membuatkan Darwennah Siska tidak betah memilih bidang lain sebagai kerjaya utama.…

6 hours ago

Bawa kain bertulis ‘Free Palestine’, anak bongsu Perdana Menteri berani pamer solidariti dalam majlis konvoksyen di New York

TAHNIAH diucapkan buat anak perempuan Perdana Menteri, Nurul Hana Anwar yang berjaya menggenggam skrol selepas…

7 hours ago

5 tahun ‘berehat’ daripada berlakon, Julia Ziegler rindu nak ‘comeback’. ‘Kerja terbaik di dunia jadi ibu…’

“SAYA rindu sangat jika ada rezeki nak ‘comeback’ dalam dunia lakonan.” Ungkap pelakon dan model,…

7 hours ago

Kuih kaswi ‘gedik’ resipi tular, cukup mudah nak buat & bahan pun simple je. Wanita ini kongsikan caranya!

PERTAMA kali menikmati kuih kaswi ‘gedik’, cukup lembut, kenyal, lemak manis dan dimakan pula bersama…

8 hours ago

Tular video di atas pelamin, Zainal Ariffin berkahwin?

BARU-baru ini tular video yang memaparkan lelaki dipercayai pengacara terkenal, Zainal Ariffin Ismail dilihat berada…

9 hours ago

‘Bukan kehilangan tapi memulangkan.’ Rangka ditemui selepas 36 hari, isteri reda Muhammad Syafiq sudah tiada, akui suami terbaik

BARU-baru ini negara dikejutkan dengan berita kehilangan lelaki, Muhammad Syafiq Salehin, 32, yang tidak pulang…

12 hours ago