BMW M2 perkenal varian coupe kompak generasi terkini, pastinya kereta meluncur lebih lancar

KHAS kepada peminat BMW, jenama itu baru-baru ini memperkenalkan varian coupe kompak generasi terkini, BMW M2 Baharu untuk pasaran tempatan.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, pelancaran model berkenaan yang berprestasi tinggi dipercayai bakal membuatkan pemiliknya teruja.

“BMW M2 ini juga adalah definisi kepada kepuasan pemanduan yang sebenar,” katanya.

Iklan
Iklan

Hadir dengan teknologi casis yang dibawakan khas dari litar lumba ke jalan raya, reka bentuk lebih rendah dengan ciri aerodinamik membolehkan kenderaan tersebut meluncur dengan lancar.

Ujar beliau, BMW M2 baharu itu dikuasakan dengan enjin sebaris enam silinder M TwinPower Turbo berkapasiti 3 liter dan mampu menjana maksimum 330kW dan 550Nm tork.

Baca juga BMW 630i GT M Sport baharu lebih mengancam, ciri canggih memang tiada tandingan

Baca juga BMW 330Li M Sport dan X3 sDrive20i lebih sporty dan versatil, kuasa pecutan luar biasa

Selain dipasang dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan, enjin kereta mewah itu boleh menujah dari posisi henti hingga 100 kilometer perjam (km/j) hanya dalam masa 4.1 saat sahaja dengan kelajuan tertinggi mencecah 250km/j.

Harga ditawarkan untuk BMW M2 Baharu bermula RM598,800 atau lengkap dengan pakej pro (tanpa insurans) bernilai RM642,800.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

1 hour ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

6 hours ago

‘Comel je abang sebut nama Rhea.’ Reaksi anak sulung Shila Amzah bertemu adik perempuannya bikin ramai terhibur. Sweetnya!

PENYANYI Shila Amzah baru-baru ini berkongsi berita gembira selamat melahirkan cahaya mata yang diberi nama…

6 hours ago

Bajet RM1k boleh bercuti overseas. Wanita ini kongsi itinerari simple tapi best ke Medan, Indonesia

SETIAP kali plan nak bercuti ke luar negara, mesti banyak benda yang nak kena fikir…

8 hours ago

Cekal ulang kaji ketika perang & lalui kesukaran, isteri Nadir Al-Nuri teruskan pengajian PhD

MELALUI saat sukar enam bulan terperangkap dalam genosid di bumi Gaza, isteri aktivis dan Ketua…

8 hours ago

‘Saya patut pertahankan rakyat Palestin.’ Siti Nurhaliza enggan ulas isu gerakan Blockout 2024

  PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza enggan mencampuri isu gerakan Blockout 2024 yang…

9 hours ago