KHAS kepada peminat BMW, jenama itu baru-baru ini memperkenalkan varian coupe kompak generasi terkini, BMW M2 Baharu untuk pasaran tempatan.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, pelancaran model berkenaan yang berprestasi tinggi dipercayai bakal membuatkan pemiliknya teruja.

“BMW M2 ini juga adalah definisi kepada kepuasan pemanduan yang sebenar,” katanya.

Hadir dengan teknologi casis yang dibawakan khas dari litar lumba ke jalan raya, reka bentuk lebih rendah dengan ciri aerodinamik membolehkan kenderaan tersebut meluncur dengan lancar.

BMW M2

Ujar beliau, BMW M2 baharu itu dikuasakan dengan enjin sebaris enam silinder M TwinPower Turbo berkapasiti 3 liter dan mampu menjana maksimum 330kW dan 550Nm tork.

Baca juga BMW 630i GT M Sport baharu lebih mengancam, ciri canggih memang tiada tandingan

Baca juga BMW 330Li M Sport dan X3 sDrive20i lebih sporty dan versatil, kuasa pecutan luar biasa

Selain dipasang dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan, enjin kereta mewah itu boleh menujah dari posisi henti hingga 100 kilometer perjam (km/j) hanya dalam masa 4.1 saat sahaja dengan kelajuan tertinggi mencecah 250km/j.

Iklan

BMW M2

BMW M2

Iklan

Harga ditawarkan untuk BMW M2 Baharu bermula RM598,800 atau lengkap dengan pakej pro (tanpa insurans) bernilai RM642,800.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.