Cara buat telur dadar Thai viral versi gebu dan pasti jadi. Pasti berbaloi!

A
A
A

SEJAK kebelakangan ini, resipi telur dadar Thai atau ada yang memanggilnya Thai Omelette viral dalam kalangan masyarakat.

Semuanya gara-gara harga yang dikenakan oleh seorang peniaga dikatakan mahal iaitu RM13.

Lantaran itu, ramai yang memuat naik resipi yang sama dengan cara yang berbeza.

Baca ni Teknik goreng telur mata kerbau kena betul, barulah hasilnya cantik & tak mudah pecah. Begini caranya!

telur

Rupa-rupanya, telur dadar tersebut tidak sama cara masak dan makan sepertimana telur dadar biasa.

Jom SinarPlus kongsikan satu resipi mudah, gebu dan pasti jadi yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Rozmaliza Omar .

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaan Thai Omelette yang hangat diperkatakan di alam maya:

telur

Baca lagi Rebus telur guna lima sudu air saja. Telur masak dengan cepat, kulit jadi rapi, tak merekah

Bahan-bahan:

3 biji telur gred A

7 ekor udang cuci bersih

Segenggam daun Thai basil *

Daun bawang *

Cili padi hijau *

Cili padi merah *

Bawang rose dihiris

Sos ikan brand Tiparos

Garam secukupnya

Serbuk perasa (dua jenis)

Gula perang jangan gula putih

Cara menyediakan:

telur

1. Hiris semua bahan bertanda * masukkan dalam telur dan campur kesemua bahan lain pukul hingga rata dan sebati.

telur

2. Goreng menggunakan minyak baharu setiap omelette.

3. Dah siap, hiaskan dengan taugeh.

Baca lagi Sedapnya puding karamel telur, ini resipi untuk 42 bekas, confirm tak hanyir dan laku keras

Cara buat Prik Nam Pla:

1. Cincang bawang putih lima ulas dan cili mengikut kepedasan masing-masing.

2. Sos ikan (agak-agak tenggelamkan bahan cincang)

3. Sedikit sos Golden Mountain.

4. Perah asam limau.

5. Gula Thai/ gula somtam satu sudu.

6. Kacau semua bahan dalam mangkuk. Siap untuk dihidang bersama Thai Omelette tadi.

telur

Macam mana? Macam senang, kan? Bahan-bahan pun senang nak dapat dan murah belaka. Rugi kalau tak cuba.

Makan telur dadar Thai viral ni dengan kicap pun rasanya sudah cukup mantap.

Baca lagi Petua rebus telur beratus biji elak retak, simple & mudah sangat, hanya guna satu barang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca