Char kuetiau 'kluster kayangan', Char Kuey Teow Abang Sayang unik, tampilkan kelainan
CHAR kuetiau sering menjadi pilihan menu ramai jika masing-masing sudah muak menikmati nasi.
Seperti sate dan roti john, sajian itu memang mudah didapati di mana-mana terutama di gerai-gerai biasa di tepi jalan.
Namun, bagi seorang pengusaha, beliau tidak menganggap char kuetiau sebagai sajian jalanan lagi, sebaliknya mengangkat makanan itu sebagai hidangan bertaraf ‘kluster kayangan‘.
Abu Hassan Yusuf, 37, yang mengusahakan restoran Char Kuey Teow Abang Sayang di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak berkata, bagi memastikan ‘status‘ itu sentiasa terjaga, pihaknya akan memastikan kualiti makanan yang disediakan bermutu tinggi.
“Berbekalkan pengalaman sebagai peniaga makanan lebih lapan tahun, membuatkan saya teruja untuk menghasilkan resipi char kuetiau dengan gaya tersendiri. Resipi menu ini juga olahan daripada masakan warisan keluarga.
“Di Char Kuey Teow Abang Sayang, kami mengetengahkan pelbagai menu menarik demi memberi kepuasan kepada pelanggan yang hadir dan pulang dengan perut kenyang dan gembira,“ kata anak kelahiran Bagan Tiang, Tanjong Piandang, Perak itu.
Apa keistimewaan Char Kuey Teow Abang Sayang? Jawab Abu Hasan, premisnya menyediakan menu menarik seperti char kuetiau udang galah, char kuetiau chicken chop dan char kuetiau kambing bakar.
Menarik bukan? Kepada yang mahu char kuetiau yang berisi kerang, sotong, udang, daging dan ayam pun ada.
“Harga yang ditawarkan juga cukup berbaloi iaitu bermula pada harga RM5 hingga RM25 sahaja. Semuanya disediakan atas permintaan pelanggan yang inginkan kelainan pada setiap masakan,” ujarnya.
Sebagai nilai tambah, Abu Hassan juga menawarkan menu sampingan lain yang cukup popular seperti nasi ayam tiga rasa, nasi harimau menangis versi daging dan kambing, sup utara gear box dan rojak buah timbang.
Char Kuey Teow Abang Sayang
- Alamat: 25, Jalan Meru Bestari A14, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak
- Masa operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam
- Harga: RM5 hingga RM25
- Facebook: Char Kuey Teow Abang Sayang
Char kuetiau memang enak dimakan pada bila-bila masa lebih-lebih lagi jika isi kerang atau udang di samping telur mata kerbau disajikan bersama. Memang kecur air liur dibuatnya.
Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini, nampak gayanya, banyak premis yang tutup.
Namun, jangan risau kerana khidmat penghantaran ke rumah disediakan.
Pada minggu ini, SinarPlus senaraikan beberapa destinasi enak untuk menikmati char kue tiaw.
Pak Su Zarief Char Kuey Teow
- Alamat: Food truck di Bukit Pasir dan Taman Ceria, Batu Pahat, Johor
- Masa operasi: 7 malam hingga 10 malam
- Harga: RM4.50 hingga RM9
- Facebook: Pak Su Zarief Char Kuey Teow Penang
Abang Char Kuey Teow
- Alamat: 55-D, Jalan Pak Sabah, Dungun, Terengganu
- Masa operasi: 4 petang hingga 10 malam
- Harga: RM4 hingga RM15
- Facebook: ABANG CHAR KUEY TEOW
- Instagram: @AbangCKT
Acik Char & Grill
- Alamat: Jalan Susur, Taman Daya Pertama, Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor
- Masa operasi: 3 petang hingga 10 malam
- Harga: RM4 hingga RM24
- Facebook: Acik Char & Grill
- Instagram: @acikchargrill
Ba’am Char Kuey Teow
- Alamat: Jalan 7/7a, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Selangor dan Jalan Haji Yusoff, Kampung Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor.
- Masa operasi: 4.30 petang hingga 9.30 malam
- Harga: RM6 hingga RM12
- Facebook: Baam Char Kuey Teow
- Instagram: @baamckt
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang