Dapur tetap cantik, bersih dan kemas walau sudah berbelas tahun. Wanita ini kongsi tip, elak letak barang atas table top!

Dapur tetap cantik, bersih dan kemas walau sudah berbelas tahun. Wanita ini kongsi tip, elak letak barang atas table top!

BERSIH, kemas dan tetap kelihatan baharu biarpun sudah berbelas tahun usia dapur tersebut.

Mungkin ramai yang kurang percaya, namun itulah yang dikongsikan pemiliknya yang dikenali sebagai Jenn Lee Goldfish.

Beliau memuat naik gambar dapur miliknya menerusi media sosial Facebook. Ramai yang memuji ruang masak beliau tersusun rapi dan menarik.

Rupa-rupanya ada cara yang dipraktikkan wanita berkenaan bagi memastikan dapurnya sentiasa dalam keadaan kemas dan tetap berkilat biarpun sering digunakan.

Baca ni Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

“Kelmarin saya post dapur yang belum siap, kan? Ramai yang rasa cantik, tetapi saya mahu kongsi macam mana cara jaga dapur. Gambar ini ialah rumah sekarang yang sudah 14 tahun saya tinggal,” ujar beliau.

Iklan
Iklan

SUAMI SELALU MASAK

Berikut antara tip yang dikongsikan Goldfish:

1. Jangan letak barang atas dapur

-Beliau tidak suka simpan banyak barang atas dapur. Semuanya diletakkan dalam kabinet termasuklah gula, garam, kicap dan minyak masak. Hanya sudu, garfu yang berada di luar, manakala yang lain dilarang untuk berada di atas meja dapur.

“Mungkin ada yang akan cakap ‘Eh! Si Jenn tidak masak di rumah? Suami saya selalu masak. Namun, beliau pun terikut gaya saya yang mengharamkan barang di atas meja,” jelasnya.

Baca lagi Kreatifnya wanita ini dekor bilik bawah tangga jadi stor simpan barang. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

2. Kain lap jangan letak merata

– Kain lap meja jangan letak merata. Beli tuala berharga RM4 di Mr DIY. Selepas lap, keringkan di luar rumah. Elakkan sidai di mana-mana bahagian dapur.

3. Plastik terpakai kena lipat

-Elakkan main sumbat sahaja plastik terpakai. Lipat cantik-cantik lalu masukkan dalam satu bekas.
-Anda juga boleh jadikan ia sebagai satu aktiviti keluarga. Ajar anak-anak tolong lipat plastik tersebut.

Baca lagi ‘Awal terus cop 1 bilik.’ Wanita ini dekor bilik baking dalam rumah raih pujian. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

4. Mop lantai dan lap dapur selepas masak

-Jadikan ia satu rutin terutama mop lantai dan lap dapur memasak sehingga berkilat.
-Pastikan lepas makan terus cuci pinggan mangkuk, tiada orang lain akan tolong cuci. Selepas makan terus cuci sendiri, bukannya cacat pun.

5. Pilih alas meja jenis tidak bercorak

-Jika dapur anda lapis mejanya menggunakan tikar getah, pilih yang tiada corak ataupun corak marble supaya dapur kamu nampak selesa dan tidak sesak.

Baca lagi ‘Cantiknya bilik hero ibu.’ Siti Nurhaliza room tour bilik anak lelaki bikin ramai teruja. Kemas & moden!

6. Langsir dapur warna putih

-Elak pilih langsir warna terang di dapur. Sebaiknya, pilih warna putih supaya dapur nampak luas.

Beliau sambil berseloroh berkata, ruang dapurnya tidak dipasang langsir kerana memudahkan beliau untuk melihat pontianak di luar waktu malam.

“Walaupun hidup kami sederhana, hati senang kerana tidak banyak barang berselerak. Rezeki senang masuk dan kami suami isteri jarang berselisih faham.

 

“Dapur ialah nyawa kita, sumber rezeki. Jangan sesakkan dapur kita dengan barang-barang yang kita fikir mahu guna nanti. Saya baru buang tiga plastik besar barang minggu lalu sebab saya tidak pakai juga. Less is more,” ungkap beliau lagi.

Baca lagi ‘Mak ladang pahala & rezeki.’Buat kejutan, Nubhan renovate bilik ibu serupa hotel undang sebak!

Setuju dengan pendapat less is more, kan? Memang nampak luas, bersih dan tersusun kemas dapur wanita itu. Barang yang diletakkan di atas dapur pun boleh dihitung dengan jari.

 

Menarik tip yang beliau kongsikan. Dapur pun nampak bersih, kan? Moga bermanfaat!

Baca lagi Elak bazir duit beli produk polish cermin kereta, guna ubi kentang yang ada gigi atau rosak. Jimat belanja!

Sumber: Jenn Lee Goldfish

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

15 tahun ‘menyepikan’ diri, Sarimah Ibrahim akui tak hilang, kini kembali berlakon

“SAYA tak hilang, cuma jarang muncul dalam industri seni.” Ungkap pengacara dan pelakon, Che Puan…

2 hours ago

‘Let them eat cake’ cetus gerakan Block Out 2024, netizen boikot selebriti ‘tutup mulut’ isu penduduk P4lestin

BARU-baru ini warga maya di Malaysia melancarkan gerakan Blockout 2024 sebagai salah satu cara menunjukkan…

2 hours ago

‘Ia mengikut prosedur.’ JPN dedah Halim Othman, ibu Myra Natasya kemuka pembetulan sijil kelahiran

KONFLIK hubungan pelakon Myra Natasya dan bapa, Halim Othman menjadi perhatian ramai. Hal berkenaan dikatakan…

4 hours ago

‘Handsome dan cantik jelita semuanya. ‘Anak lelaki Anzalna bergambar bersama sepupu buat ramai terpegun. Sweetnya!

HANDSOME dan cantik-cantik belaka. Demikian pujian yang diberikan kepada anak selebriti terkenal Anzalna Nasir yang…

8 hours ago

‘Muka gangster’ Muhammad Mikhael Sathayah naik pelamin, tema merah jambu jadi perhatian. ‘Saya terima nikahnya Murni Azwa…’

SELAMAT pengantin baharu buat pempengaruh dikenali sebagai Muka Gangster, Muhammad Mikhael Sathayah yang selamat diijab…

9 hours ago

Desserts homemade berasap viral di Pontian, Johor! Ini rupanya aiskrim dulang lengkap dengan topping buah segar

WAH! Ini boleh bikin romantis bila dapat makan aiskrim bersama kesayangan. Apatah lagi, premis yang…

10 hours ago