MESTI ramai ingat daun sup sekadar perasa sahaja kan. Tetapi sebenarnya daun sup banyak khasiat untuk tubuh badan manusia.

Ingin tahu apa? Jom tengok antara lima khasiatnya.

1. Mengurangkan tekanan darah tinggi 

Dengan hanya minum air rebusan daun sup ini akan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. 

Cara penyediaan air ini sangat mudah iaitu sediakan 100 gram daun sup yang segar.

Kemudian, tumbuk halus daun sup itu. Masukkan daun sup yang sudah ditumbuk ke dalam bekas dan didihkannya bersama satu gelas air. 

Biarkan ia sejuk dan sedia untuk diminum. Amalkan sehari dua kali iaitu pagi dan petang. Ia mampu mengurangkan masalah tekanan darah tinggi.

Daun sup
DAUN sup ada pelbagai khasiat dan manfaat kepada kita.

2. Merendahkan kadar kolestrol

Daun sup kaya dengan kandungan zat besi, fosforus, natrium, kalium, vitamin A, B-Kompleks, C dan magnesium.

Bagi anda yang mempunyai masalah kolestrol, amalkan pemakanan yang mengandungi daun sup. Ini kerana dengan khasiat yang ada dalam daun sup ini dikatakan mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan.

3. Merawat batuk

Jika anda sakit tekak dan sering batuk, anda boleh mengamalkan minum air rebusan daun sup. Cara penyediaannya adalah rebus daun sup bersama batang dan akarnya sekali. 

Kemudian, tapis dan campurkan air yang telah ditapis itu dengan madu. Kini ia sedia untuk diminum. Amalkan sebanyak dua kali sehari. Ia mampu merawat batuk anda.

Iklan

4. Meningkatkan sistem imunisasi badan

Amalkan makan daun sup juga mampu meningkatkan sistem imunisasi badan anda. Caranya amalkan pemakanan daun sup secara mentah iaitu sebagai ulam ulaman.

Ini kerana dalam 100 gram daun sup mempunyai nilai kalori tenaga sebanyak 18 kalori. Di samping, kandungan vitamin C yang terkandung dalam daun sup juga mampu menguat dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

Daun sup
JANGAN pandang daun sup sebelah mata dan menganggap ia hanya sekadar untuk hiasan.

5. Melancarkan sistem perkumuhan

Iklan

Bukan sahaja daun sup ini mempunyai banyak khasiat, malah biji benihnya turut boleh digunakan untuk melancarkan sistem perkumuhan. 

Biji benih daun sup ini jika diamalkan ia mampu meningkatkan pengeluaran air kencing yang membantu menyingkirkan toksik dalam badan. Selain ia juga membantu dalam melawaskan pembuangan air besar.

Jadi ini adalah antara khasiat daun sup untuk kesihatan tubuh badan anda. Mulai hari ini jangan lupa untuk tambahkan daun sup dalam masakan anda untuk kesihatan diri anda.

***Artikel ditulis oleh Suhaila Ali