Demonstrasi VTA guna BMW iX xDrive40i. Lagi barisan kenderaan BMW i generasi baharu akan diperkenal tak lama lagi
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini membentangkan proses kelulusan jenis kenderaan (VTA) dan pengesahan secara rasmi kenderaan (homologation) menggunakan BMW iX xDrive40i kepada pihak media di Putrajaya.
Sesi penerangan itu juga menunjukkan prosedur pemeriksaan dan penilaian yang digunakan secara rasmi oleh JPJ untuk memastikan sesebuah kenderaan mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan Pengangkutan Jalan di Malaysia, sebelum pendaftaran kenderaan tersebut dibenarkan.
Baca juga BMW 630i GT M Sport baharu lebih mengancam, ciri canggih memang tiada tandingan
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, pihaknya turut berbesar hati kerana JPJ mengambil peluang untuk mendemonstrasikan proses tersebut menggunakan kenderaan elektrik, BMW iX xDrive40i–SAV yang akan diperkenalkan di Malaysia bersama barisan kenderaan BMW i generasi baharu yang lain tidak lama lagi.
“Ketibaan jentera BMW i terbaharu itu merupakan sebahagian daripada strategi elektrifikasi kami yang akan melengkapi matlamat mobiliti elektrik Malaysia untuk tahun 2022, khususnya setelah insentif cukai dan polisi baharu bagi pembuat dan pemilik (kenderaan elektrik) diperkenalkan pada tahun ini,“ katanya baru-baru ini.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang