‘Fat shaming’: Sindir isteri sendiri gemuk selepas hamil, suami Alia Bhatt mohon maaf

MENDIRIKAN rumah tangga pada 14 April lalu, aktres terkenal Bollywood, Alia Bhatt dan suami, Ranbir Kapoor kini gembira dan teruja menantikan kehadiran zuriat pertama mereka.

Kebahagiaan pasangan tersebut kian bertambah usai mereka bakal bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi.

Mengikut jangkaan, Alia bakal bersalin sekitar bulan Disember nanti atau mungkin awal tahun hadapan.

Pun begitu, baru-baru ini suaminya, Ranbir Kapoor menerima kecaman warga maya gara-gara kontroversi body shaming.

Iklan
Iklan

KENAIKAN BERAT BADAN

Itu semua bermula apabila sebuah klip video yang menyaksikan Alia dan Ranbir sedang berada dalam salah satu sidang media live, YouTube untuk mempromosikan filem lakonan mereka.

Ketika Alia sibuk melayan dan menjawab pelbagai pertanyaan tentang kerja-kerja promosi dan hebahan projek tersebut, Ranbir yang berada di sebelahnya tiba-tiba menyampuk sambil memandang ke arah perut isterinya itu.

Beliau secara terang-terangan menyindir tentang kenaikan berat badan yang dialami oleh Alia sejak hamil.

Biarpun isterinya hanya tertawa mendengar kata-kata si suami, namun berbeza dengan warga maya.

TERGURIS HATI

Rata-ratanya mengecam dan menganggap perbuatan pelakon lelaki itu sebagai fat shaming memandangkan pertambahan saiz tubuh merupakan hal sensitif bagi seorang wanita lebih-lebih lagi bagi yang sedang mengandung.

Menyedari kemarahan orang ramai, Ranbir kemudiannya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada sesiapa yang terguris hati dengan gurauannya terhadap Alia Bhatt.

PERMOHONAN MAAF

Pun begitu, beliau mengakui isterinya langsung tidak mengambil hati tentang isu berkenaan dan hubungan mereka baik-baik sahaja.

“Saya sangat mencintai isteri melebihi segalanya. Mungkin gurauan yang saya cuba lakukan itu tidak menjadi. Bukan niat saya, kami sudah berbincang dan Alia hanya ketawa dan tidak mengambil hati pun.

“Mungkin cara saya bergurau agak teruk, akhirnya memakan diri sendiri,” ujar Ranbir yang membuat permohonan maaf tersebut seminggu selepas isu berkenaan berlaku.

Sumber: Portal Hindustan Time, Twitter Lakeer Ka Fakeer & instagram aliaabhatt

Baca lagi ‘Daripada saiz kecil, jadi baju paling besar.’ Wanita ini kongsi perubahan Zizi Kirana buat ramai tersentuh hati!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

9 hours ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

9 hours ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

1 day ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

1 day ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

1 day ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

1 day ago