Faye Kusairi lumpuh pada wajah ketika hamil, pakar jelaskan penyakit ini

MINGGU lalu, pelakon Faye Kusairi berkongsi mengenai dirinya yang diserang penyakit yang dikenali sebagai bell’s parsy sehingga menyebabkan kelumpuhan pada sebahagian wajahnya.

Pada masa sama, serangan itu juga menyebabkan wajahnya menjadi sedikit senget (sebelah) dan mata serta mulutnya tidak simetri.

Mengulas lebih lanjut mengenai penyakit itu, Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam, Dr Arisman Abdul Rahman memberitahu penyakit itu adalah penyakit lumpuh atau lemah pada sebelah muka sahaja atau nama lainnya ialah Idiopathic Facial Paralysis

Iklan
Iklan
(IFP) bermaksud punca sebenarnya masih tidak diketahui.
Tanda dan gejala itu disebabkan oleh kerosakan fungsi pada saraf muka (facial nerve).
Dr Arisman.

“Orang dewasa atas 60 tahun kelompok paling sering diserang selain perempuan mengandung mempunyai risiko 3.3 kali ganda.

“Mereka yang ada penyakit kencing manis adalah 29 peratus lebih tinggi mendapatkan bell’s palsy,

” kongsinya.

Selain itu, Dr Arisman menjelaskan, kejadian bells palsy dikaitkan dengan jangkitan kuman Herpes Simplex Virus tetapi ada faktor lain juga boleh menyebabkan bell’s palsy seperti jangkitan kuman virus, bakteria, proses peradangan, microvascular disease (diabetes mellitus dan hipertensi), atau dikaitkan dengan sejarah jangkitan kuman saluran pernafasan atas.

Berikut antara gejala dan tanda penyakit bell’s parsy:
1. Lemah atau lumpuh tiba-tiba pada separuh muka (berlaku kurang daripada 48 jam)
2. Sakit pada belakang telinga dan dalam telinga
3. Gangguan deria rasa.
4. Sudut mulut menjadi senget (pada tempat kerosakan saraf berlaku)
5. Mata tidak boleh tertutup rapat (pada tempat kerosakan saraf berlaku)
6. Lemah otot muka pada tempat kerosakan saraf berlaku.
7. Hyperacusis (masalah pendengaran)
8. Kurang air mata atau kering.

Perlu diketahui bahawa bell’s palsy TIDAK akan menyebabkan lemah atau lumpuh pada anggota tangan atau kaki dan perlu pastikan ia bukan gejala awal strok.

Hampir 80 ke 90 peratus pesakit bell’s palsy boleh sembuh sepenuhnya dalam masa enam minggu hingga tiga bulan.

“Ada yang sehingga enam bulan. Jika usia pesakit adalah 60 tahun ke atas, peratus kesembuhan sepenuhnya adalah berkurang menjadi 40 peratus sahaja. Insya-ALLAH ia boleh sembuh, rawatlah ia segera,” katanya.

Foto: Instagram @fayekusairi

Share
Farah Eliani

 

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

5 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

7 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

7 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

9 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

14 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

14 hours ago