Guna tepung segera sahaja, kuih seri muka red velvet wanita ini dijamin menjadi

SEJAK donut red velvet menjadi viral suatu ketika dahulu, ramai pembikin kuih mengambil inspirasi untuk membuat versi lain yang lebih kreatif.

Seorang pengguna, Noni Ismail yang menggunakan nama Noni Talam dalam laman TikToknya berkongsi penyediaan kuih seri muka red velvet.

Wah! Macam mana tu? Macam best jer, kan?

Noni yang turut seorang usahawan yang mengeluarkan tepung segera jenama sendiri memberitahu, resipi yang dikongsikan tersebut dijamin menjadi.

 

“Dengan menggunakan produk Noni Talam, setiap bahan telah disediakan mengikut sukatan.

“Untuk penyediaan kuih seri muka red velvet, hanya perlu tambah santan, telur dan perasa red velvet sahaja,” katanya ketika dihubungi SinarPlus

Iklan
Iklan
baru-baru ini.

Baca juga: Gerenti tak masam, kek belimbing buluh wanita ini bikin ketagih nak makan selalu. Buatnya pun senang sangat

Ujar beliau lagi, langkah demi langkah untuk penyediaan kuih tersebut turut disertakan bersama tepung tersebut.

Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaan juadah tersebut:

Bahan-bahan

Tepung segera Noni Talam
Pulut [BELI DI SINI]
Pewarna merah [BELI DI SINI]
600 mililiter (ml) santan (dibahagi dua untuk penyediaan lapisan pulut dan bahagian atas kuih) [BELI DI SINI]
Garam [BELI DI SINI]
2 biji telur
Perisa red velvet emalco [BELI DI SINI]
2 helai daun pandan

Baca juga: Sedapnya! Mudah jer resipi bubur ayam guna nasi lebihan, ini sukatan untuk 1 termos besar. Jimat & tak membazir

Cara penyediaan:
1.Bersihkan dan rendam beras pulut.
2.Letakkan daun pandan di atas dulang dan masukkan pulut.


3.Campurkan sedikit garam ke dalam 300 ml santan dan tuang ke dalam loyang sehingga tenggelam pulut.

4.Kukus pulut hingga masak. Gaul rata dan tekan hingga pulut padat. Ketepikan.

5.Kisar telur, tepung dan 300 ml santan menggunakan mesin pengisar selama beberapa minit.

6.Setelah sebati, pindahkan adunan ke dalam periuk dan tambahkan sedikit pewarna red velvet emulco.


7.Kacau menggunakan api perlahan hingga sebati dan naik wap

8.Curahkan adunan ke atas lapisan pulut dan kukus selama 15 minit.

9.Sedia untuk dihidang.

Baca juga: Resipi kek coklat cheese mini mudah & sedap, ini sukatan untuk 30 biji. Buat sendiri, puas hati makan

Baca juga: Rangup, kerinting ada tekniknya! Resipi ayam goreng ala KFC, mudah & cepat. Perapan 2 bahan

Dengan penggunaan tepung segera, SinarPlus yakin mereka yang tidak pandai membuat kuih tradisional pun boleh cuba buat.

Bukan sahaja cepat, malah tak perlu risau dengan sukatan bahan.

Bolehlah mak-mak nak masak untuk anak-anak atau dijadikan hidangan minum petang jika ada saudara-mara yang datang bertandang ke rumah.

Makan dengan kopi panas sambil berborak, memang layan.

Kalau nak bawa untuk majlis kenduri atau jamuan makan pun sesuai.

Sekali lagi, admin katakan, idea Noni memang menarik. Rasanya mesti kebabom!

Selamat mencuba semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
nurul.shahamah

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

4 hours ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

7 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

7 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

8 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

13 hours ago