Hanya guna bahan terpakai, ‘makeover’ #kampunghouse dengan konsep ‘kemelayuan’ dan farmhouse memang menjadi!

LUARAN nampak biasa. Namun, sebaik melangkah kaki ke rumah milik Norpadilah Affandi, bebola mata terpaku melihat konsep susun atur perkakas dan aksesori vintajnya.

Meskipun memilih dekorasi minimalis, namun kekreatifan Norpadilah terserlah. Masakan tidak, setiap lokasi di dalam kediamannya tampak segar, biarpun hanya menggunakan barangan terpakai.

Empunya diri berkata, lebih sedekad lalu, asas binaan ‘istana’ beliau yang diberi nama #kampunghouse di Kuala Pilah, Negeri Sembilan hanya bersandarkan kepada campuran separa batu dan kayu.

Kemudian, konsep pengubahsuaian dilakukan dengan menaikkan batu pada hampir keseluruhan rumah kecuali dapur.

Dapur beliau yang berkeluasasan 20 x 16 kaki persegi turut ditambah keluasannya bagi memberi keselesaan kepada seisi keluarga.

Iklan
Iklan

“Mahu dijadikan cerita, selepas proses tersebut, bajet untuk membeli perabot dan kelengkapan rumah yang lain tidak mencukupi.

“Dari situlah bermula usaha untuk buat dan pasang sendiri (DIY) perabot, keperluan rumah termasuk hiasan dengan menggunakan bahan-bahan terpakai. Ia memang jimatkan kos,“ katanya yang memberi sentuhan ‘kemelayuan‘ dan farmhouse pada mahligai beliau.

Mangkuk kaca peninggalan arwah ibunya yang sudah pecah, dijadikan perhiasan di dinding.

 

KAYU PALET TERPAKAI 

Memberi contoh, wanita itu berkata, mangkuk kaca peninggalan arwah ibunya yang sudah pecah, dijadikan perhiasan yang dipasak di dinding.

“Jika orang lain anggap ia sampah, tapi bagi saya mangkuk ini besar maknanya. Disebabkan sayang mahu buang, saya perbaikinya sedikit,“ katanya.

Beritahu ibu kepada empat cahaya mata itu lagi, kayu palet terpakai banyak digunakan untuk membuat projek DIY.

“Kayu jenis ini agak keras dan tahan lasak. Tidak perlu keluar belanja mahal, cukup dengan sapuan minyak hitam atau cat shellac sebagai lapisan asas,“ ujar beliau sambil mengakui setakat ini tiada masalah kayu diserang anai-anai.

Mengetahui dirinya bukanlah terlalu mahir dalam pertukangan, wanita tersebut mengambil inisiatif dengan mempelajari ilmu tersebut menerusi platform YouTube dan Pinterest.
“Saya juga bersyukur kerana suami saya turut rajin membantu,“ ujarnya.

DAPUR JADI SUDUT KEGEMARAN 
Terus terang, dapur milik Norpadilah paling ‘menangkap‘ pandangan penulis. Elemen kayu dilihat menjadi latar kepada seluruh ruang dapur sejajar dengan konsep farmhouse yang menjadi kecenderungan Norpadilah.

Seperti di kawasan ruang tamu, bilik mahupun beranda, ruang memasaknya juga diserikan dengan bahan-bahan terpakai yang ditransisikan menjadi item yang menarik.

Bagi menampakkan keluasan di bahagian dapur, Norpadilah memilih rona putih dan sedikit calitan warna krim.

Percaturannya amat bijak dalam memberi impak pencerahan cahaya untuk memudahkannya memadankan pelbagai peralatan seperti meja makan dan kerusi supaya segalanya nampak serasi.

“Kalau ditanya ruang mana menjadi kegemaran saya, sudah pastilah dapur. Di sinilah menjadi port kami anak-beranak berkumpul. Sambil makan, kami berbual-bual. Maklumlah dapur kan jantung kepada sebuah kediaman,“ katanya.

Sudah menjadi kelaziman Norpadilah, tuala memang tidak terlepas daripada genggaman saat memasak.

“Saya akan sentiasa mengelap. Itu antara tip saya menjaga ruang dapur agar sentiasa kemas dan bersih.

“Apabila dapur berwarna putih, memang kena ekstra kerja. Cuma kalau untuk pembersihan secara deep clean, biasanya saya akan buat sebulan sekali mengikut kelapangan,“ ungkapnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

8 hours ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

1 day ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

1 day ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

1 day ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

1 day ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

1 day ago