Hanya guna empat bahan mudah untuk masak dangai

PERNAH dengar nama kuih dangai? Bagi yang belum tahu, ia sebenarnya sejenis juadah popular yang biasanya dijamah pada waktu minum petang di negeri utara tanah air.

Buat penggemar kuih tersebut, mengenangkan cara pembuatan asal makanan berkenaan pastinya menggamit kenangan.

Apa tidaknya, ia dimasak menggunakan sabut dan arang, yang tentunya bukan lazim terdapat di dapur rumah apatah lagi di tengah-tengah bandar pada hari ini.

Bagi Mohd Akhmal Mohd Mustafa, kuih warisan itu cukup mengimbau memori silam bersama neneknya yang gemar menyediakan kuih tersebut dengan penuh kasih sayang.

MOHD AKHMAL MOHD MUSTAFA

Masakan tidak, seawal umur 11 tahun, anak kelahiran Pulau Pinang itu sudah pun belajar kaedah memasak kuih tradisional berkenaan.

Iklan
Iklan

Lebih menambah keistimewaan kuih tersebut apabila si pembuatnya menggunakan acuan tembaga lama yang dibakar dengan arang.

“Agak renyah cara membuatnya, tetapi itu yang menjadikannya sangat sedap. Resipi yang nenek ajar memang diwarisi turun-temurun, malah sejak 1990-an lagi saya sudah belajar selok-belok membuat kuih ini.

“Bukan sekadar kuih dangai yang dibakar menggunakan sabut dan arang, tetapi kuih-muih lain pun agak renyah untuk membuatnya. Namun begitu, hasilnya pasti puas hati,“ ceritanya kepada Sinar Plus baru-baru ini.

Tidak kekok

Eksekutif berusia 28 tahun itu kini kian bijak mengolah cara pembuatan kuih dangai bagi mengekalkan keenakan rasanya.

Dengan hanya menggunakan loyang biasa dan bukannya loyang tembaga, menurut beliau, ia akan lebih mudah untuk menyiapkan kuih tersebut.

Katanya, selepas semua bahan siap dan dimasukkan ke dalam bekas, ia cuma perlu dibakar menggunakan ketuhar dalam tempoh 15 hingga 20 minit.

“Tunggu sehingga kuih berwarna perang sebelum boleh dihidangkan panas-panas, berbanding dahulu perlu menggunakan sabut dan arang.

BAHAN yang diadun sebati lebih sedap dibakar menggunakan sabut dan arang.

“Sebenarnya kuih-muih tradisional ini tidak sukar dihasilkan kerana bahan asasnya seperti kelapa, santan dan daun pandan senang didapati sekarang,“ ujarnya yang menjadikan memasak sebagai hobi dan terapi diri.

Menariknya, jika diamati, ramuan kuih dangai tidaklah sesukar mana, malahan sekadar perlukan empat bahan iaitu kelapa parut, gula, sedikit garam dan sedikit tepung pulut.

Tidak lokek berkongsi resipi keluarga, pemilik akaun Facebook Akhmal Mustafa itu menggunakan isi kelapa (separuh tua dan separuh muda) yang sudah diparut bagi menghasilkan rasa yang lebih lazat.

“Untuk memastikan kuih melekat cantik antara tepung pulut dan isi kelapa parut, bahagian bawah permukaan dan dinding loyang perlu dioles dengan minyak.

“Mudah sahaja cara membuatnya. Cuma saya hairan kerana masyarakat kini tidak lagi mengenali sajian warisan kita, sebaliknya orang luar pula yang lebih mengagungkan menu masyarakat Melayu,“ tuturnya.

WARNA garing di bahagian atas menunjukkan kuih dangai sudah masak.

Resipi kuih dangai

Bahan-bahannya:

  • 2 biji kelapa parut sederhana muda lapisan putih
  • 2 senduk gula putih (sukatan guna senduk nasi)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan tepung pulut

Cara-caranya:

  • Dalam satu bekas, masukkan semua bahan dan gaul sebati. Penting untuk pastikan adunan kuih tidak berketul.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah Celsius selama 10 minit. Sementara itu, oles rata minyak ke permukaan loyang dan masukkan adunan.
  • Tekan manja dengan tangan atau sudu supaya adunan padat bagi mengelakkan kuih pecah dan berderai apabila masak nanti.
  • Bakar pada suhu 145 hingga 150 darjah Celsius menggunakan api atas bawah. Letak loyang di tengah-tengah ketuhar.
  • Seusai masak, potong panas-panas sementara masih lembut. Sedia untuk dihidangkan bersama secawan kopi.

 

 

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

15 tahun ‘menyepikan’ diri, Sarimah Ibrahim akui tak hilang, kini kembali berlakon

“SAYA tak hilang, cuma jarang muncul dalam industri seni.” Ungkap pengacara dan pelakon, Che Puan…

9 hours ago

‘Let them eat cake’ cetus gerakan Block Out 2024, netizen boikot selebriti ‘tutup mulut’ isu penduduk P4lestin

BARU-baru ini warga maya di Malaysia melancarkan gerakan Blockout 2024 sebagai salah satu cara menunjukkan…

9 hours ago

‘Ia mengikut prosedur.’ JPN dedah Halim Othman, ibu Myra Natasya kemuka pembetulan sijil kelahiran

KONFLIK hubungan pelakon Myra Natasya dan bapa, Halim Othman menjadi perhatian ramai. Hal berkenaan dikatakan…

12 hours ago

‘Handsome dan cantik jelita semuanya. ‘Anak lelaki Anzalna bergambar bersama sepupu buat ramai terpegun. Sweetnya!

HANDSOME dan cantik-cantik belaka. Demikian pujian yang diberikan kepada anak selebriti terkenal Anzalna Nasir yang…

15 hours ago

‘Muka gangster’ Muhammad Mikhael Sathayah naik pelamin, tema merah jambu jadi perhatian. ‘Saya terima nikahnya Murni Azwa…’

SELAMAT pengantin baharu buat pempengaruh dikenali sebagai Muka Gangster, Muhammad Mikhael Sathayah yang selamat diijab…

16 hours ago

Desserts homemade berasap viral di Pontian, Johor! Ini rupanya aiskrim dulang lengkap dengan topping buah segar

WAH! Ini boleh bikin romantis bila dapat makan aiskrim bersama kesayangan. Apatah lagi, premis yang…

17 hours ago