Hentaman kuat tapi luka hanya pada dagu, guru al-Quran maut kemalangan insafkan warganet. 'Tidak berdarah, dia seperti sedang tidur'

No Image Caption
A
A
A

KEMATIAN dicemburui ialah kematian dalam melakukan ibadah dan amal soleh. Pemergian seorang guru al-Quran, ustaz Muaz bin Abdullah, 25, baru-baru menimbulkan keinsafan warga maya.

Saksi kemalangan maut yang berlaku di Batu Pahat, Johor mendedahkan, jenazah Ustaz Muaz berada dalam keadaan bersih dan tidak mengalami sebarang pendarahan ketika insiden berlaku.

Hal itu dikongsikan kakaknya, Hajar Abdullah di laman sosial Facebook yang seakan-akan tidak percaya adik lelakinya itu sudah kembali dijemput ALLAH.

"Kami baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-25 dua hari lepas dan semalam kira-kira 9.30 malam dia sudah tiada.

"Kata runner (saksi kejadian) yang mengangkat jenazah adik bongsu saya kepada ayah, “Bersih mayat dia, bang. Takde darah pun. Kecuali di dagu sikit je. Tu pun nampak seolah-olah cedera ringan."

No Image Caption

"Saya pun tidak menyangka adik bongsu sudah tiada malam tadi selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari mengajar al-Quran di masjid," kata Hajar.

Namun ciri-ciri kematian arwah cukup menginsafkan. Barang kali ia dikurniakan atas kemuliaannya sebagai guru agama dan dalam perjalanan balik dari mengajarkan orang ramai tentang al-Quran.

"(Muaz) meninggal dunia di tempat kejadian yang mana ia adalah lokasi yang sangat kerap berlaku kemalangan.

"Kata orang-orang yang sempat menyaksikan dia seperti sedang tidur dan kematiannya mudah. Cepat saja dia pergi.

"(Mereka) kata ia adalah kemalangan pertama kali disaksikan (mangsa) tidak berdarah walaupun hentaman yang berlaku kuat bunyinya.

"Saya mendapat tahu adik kemalangan pun daripada orang-orang yang update di FB group Batu Pahat. Berita tersebar dengan pantas," kongsinya.

Betapa mulianya anak muda itu. Kata Hajar adiknya baru sahaja membantu pelajar tahfiz menghabiskan hafalannya malah kehidupan sehrai-hari arwah adalah bersama kita suci al-Quran.

"Semalam pun, kata adik kedua saya Muaz baru lepas syahadahkan pelajar Tahfiz. The whole day, his life was full with teaching Quran to others.

No Image Caption

"Saya juga dapat tengok his face di Jabatan Forensik, Hospital Batu Pahat. Seperti runner itu katakan, wajahnya bersih.

"Di dalam minda saya berkata. “Adik, moga syurga buatmu. Pengakhiran kau baik adik, tenanglah di alam sana. Insya-ALLAH, kita akan bertemu lagi. Al-Fatihah buat Muaz bin Abdullah.," luahnya.

Dalam pada itu, Hajar juga menceritakan detik perjalanan akhir Ustaz Muaz yang menerima banyak kunjungan ziarah daripada orang baik-baik.

"Kematianmu dik, sangat dicemburui. Kebaikanmu disebut-sebut. Dan orang-orang menjadi saksi.

"Selepas jenazah adik dimandikan di Hospital Sultanah Nora Ismail BP pukul 9.30 pagi tadi, tiba-tiba ada sorang wanita datang menyapa, “Awak, kakaknya Ustaz Muaz ya?”

Saya jawab. "Ya, saya."

"Ceritanya, adik saya mengajar anaknya membaca al-Quran dan mereka gembira. Beliau menjadi saksi bahawa adik saya seorang yang gentleman, sangat baik, tidak pernah tinggi suara kepada budak-budak dan budak-budak rasa seronok belajar dengannya.

“Semalam cukup 40 hari Ustaz Muaz mengajar anak-anaknya al-Quran. Allahuakbar," kongsi Hajar.

Katanya lagi jenazah guru agama itu juga disolatkan sebanyak tiga kali dan diziarahi ramai orang.

"Saya menyaksikan ramai orang datang untuk solat jenazah di surau. Bukan sekali disolatkan, bukan dua kali tapi tiga kali.

"Ulama-ulama datang, imam daripada Palestin, guru-guru adik, sahabat-sahabatnya, alumni madrasah, pelajar-pelajar dan entah dari mana ramainya orang datang sehingga surau penuh hingga ke tingkat atas

"Orang menceritakan kebaikannya.Guru adik, Habib Hussein menyediakan qasidah khas buat adik.

"Alhamdulillah, jenazah adik selamat dikebumikan pukul 11.30 pagi tadi. Hinggakan sampai ke kubur pun, masih begitu ramai orang datang.

"Moga ALLAH mencucuri rahmat ke atasmu wahai Muaz bin Abdullah. Moga roh adik dalam kalangan mereka yang beriman dan bertaqwa. Amin ya Mujib.I miss you, my dear brother.

Masih berduka dengan pemergian adik tersayang, Hajar menerima ucapan takziah daripada warganet. Tidak kurang yang mengagumi pemergian arwah yang cukup mudah dan dalam keadaan mulia.

Ujar mereka:

"Innalillah wainna ilaihirajiun. Mudah-mudahan syurga menjadi tempat rehatnya."

"Salam takziah. Ya memang benar ditempat kejadian tiada setitis darah pun. Kami yang menyaksikan berasa tidak percaya mangsa telah meninggal dunia kerana langsung tiada luka pada tubuh mangsa."

"Saya sebagai sahabat arwah dan menuntut di madrasah sama pada tahun 2014. Saya saksi arwah seorang yang sangat baik dan penuh pengabdian kepada al-Quran. Semoga syahid buatmu sahabat."

"Pulangnya kepada rahmat ALLAh dalam dalam kebaikan. Semoga Hajar kuat bersama keluarga menghadapi ujian berat ini."

Semoga husnul khatimah buat Allahyarham Muaz Abdullah. Salam takziah dan al-Fatihah.

Sumber: Hajar Abdullah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang