Hospital Tunku Azizah berjaya pisahkan kembar Siam pramatang pertama di Malaysia

HOSPITAL Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur melakar sejarah apabila kembar siam pramatang seberat 2.7 kilogram telah berjaya dipisahkan semalam.

Menurut Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Datuk Dr Zakaria Zahari, pembedahan seumpamanya itu biasanya dilakukan pada umur tiga hingga enam bulan.

Namun, disebabkan komplikasi extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome, pasangan tersebut terpaksa menjalani pembedahan segera pada umur 17 hari.

Bayi kembar lelaki ini dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada usia 33 minggu kandungan dirujuk oleh Pakar Neonatologi HRPB, Dr. Maneet Kaur Ranjuth Singh untuk rawatan lanjut di HTA. Selepas perbincangan antara doktor-doktor pakar HRPB dan HTA secara dalam talian pada 15 Mac lalu jam 2 petang, keputusan untuk melakukan pembedahan berisiko tinggi itu telah disepakati,” kata HTA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat, HTA semalam.

Berdasarkan rekod, sejak pembukaan hospital berkenaan, ia merupakan pembedahan ketiga untuk pasangan bayi kembar siam dilakukan.

Iklan
Iklan

 

Kenyataan itu menambah, tanggal bersejarah semalam (19 Mac 2022), pasukan Dr Zakaria yang disertai oleh enam orang lagi Pakar Bedah Kanak-Kanak dari seluruh Malaysia dan pasukan bius kanak-kanak yang diketuai oleh Dr Intan Zarina dan Dr Ruwaida termasuk hampir 20 jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak, pasangan kembar tersebut berjaya dipisahkan dalam masa 66 minit tanpa komplikasi major.

Kembar siam jenis Omphalophagus itu didapati berkongsi bahagian hati dan organ-organ lain dan didapati normal.

“Proses persediaan untuk pembedahan dimulakan seawal jam 7.30 pagi dan kedua-dua bayi kemudiannya dihantar balik ke Neonatal Intensive Care Unit (NICU) pada jam 2 petang.

Dengan sokongan pasukan neonatologi yang diketuai oleh Dr Neoh dan jururawat NICU, HTA, diharapkan kedua-dua bayi ini dapat sembuh dengan sebaik-baiknya,” katanya kenyataan itu lagi.

Berikut senarai doktor pakar yang terlibat secara langsung dalam pembedahan tersebut. Mereka terdiri daripada:

1. Datuk Dr Zakaria Zahari (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HTA)

2. Dr Mughni Bahari (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak, HWKKS, Sabah)

3. Dr Mohd Tarmizi Md Nor (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak, HRPZ II Kelantan)

4. Dr. Nurdaliza Mohd Badarudin (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HRPB Ipoh, Perak)

5. Dr Hafatin Fairos Tamadun (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak, HTA)

6. Dr Mohd Yusran Othman (Pakar Bedah Kanak-Kanak, HTA)

7. Dr Cheng Joo Qing (Pakar Bedah Kanak-Kanak, HTA)

8. Dr Intan Zarina Fakir Mohamed (Pakar Perunding Bius Kanak-Kanak, HTA)

9. Dr Ruwaida Isa (Pakar Perunding Bius Kanak-Kanak, HTA)

10. Dr Rohanizah Alias (Pakar Bius Kanak-Kanak HRPB Ipoh, Perak)

11. Dr Zubaidah Zulkipeli (Pakar Bius Kanak-Kanak, HTA)

12. Dr Neoh Siew Hong (Pakar Perunding Neonatologi, HTA)

13. Dr Elaine Wong Ee Lane (Pakar Neonatologi, HTA)

Tahniah di atas kejayaan semua doktor dan semoga bayi dan ibunya sihat. Gembira dan terharu mendengar berita ini.

Share
Lynn Mazlina

Biodata Penulis

Recent Posts

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

6 hours ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

8 hours ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

10 hours ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

13 hours ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

15 hours ago

Glamping pod kelapa di tengah laut, ini antara tarikan percutian rare di Langkawi

JIKA sebut jer tentang Langkawi, pasti ramai membayangkan daerah kepulauan tersebut antara tempat percutian yang…

16 hours ago