HP X-Hub pertama di Malaysia, perdagangan O2O rentas 6 negara Asia Tenggara

HP Inc baru-baru ini mengumumkan pembukaan HP Experience Hub (X-Hub) pertama di Malaysia bagi melancarkan perdagangan dalam talian ke luar talian (O2O) merentasi enam negara di Asia Tenggara.

Bukan itu sahaja, kedai fizikal yang dibuka dengan kerjasama peruncit teknologi terbesar, Thunder Match Technology Sdn Bhd turut disokong rakan dagangan, Shopee dan Lazada.

Iklan
Iklan

Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran Thunder Match, Eric Chan, penciptaan HP X-Hub adalah sebagai langkah utama untuk memperkenalkan ciri omnichannel yang lebih lancar dan mesra pengguna.

“Kedai fizikal HP X-Hub di Malaysia menterjemahkan contoh hebat gabungan kepakaran perdagangan HP dan Thunder Match demi memenuhi keperluan fizikal dan digital yang berubah menjadi rangkaian peruncitan moden,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga Sistem pembersihan udara canggih, jenama terkemuka kreatif basmi virus hingga 99 peratus

Baca juga Portfolio terkini HP Envy ‘lebih kuasa‘, siap ada software percuma          

Sementara itu, Ketua Saluran dan Pembekalan Greater Asia HP, David Tan berkata, HP menyedari pilihan teknologi pintar lebih penting dalam perubahan gaya hidup, kerja dan permainan hibrid selepas pandemik Covid-19.

“Perubahan tersebut mencipta peluang baharu untuk jenama-jenama tertentu mempromosikan produk masing-masing dalam platform O2O dengan skop jualan lebih meluas.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Justeru, kami dalam misi untuk memberikan khidmat melalui HP X-Hub yang diyakini mampu mengembangkan perdagangan omnichannel moden untuk semua saluran,” katanya.

Setakat ini, HP X-Hub menghubungkan 82 buah kedai dalam talian di seluruh Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura, manakala Thailand dan Vietnam akan menyusul tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.hp.com.

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

4 hours ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

7 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

8 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

9 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

13 hours ago