Nasi Goreng Melimpah Viral memang berbaloi, padanlah ramai sanggup datang awal rebut kerusi

SANGGUP datang tiga jam lebih awal dan beratur panjang! Demikian kesanggupan rata-rata pengunjung yang datang dari jauh semata-mata mahu menjamah hidangan popular di premis Nasi Goreng Melimpah Viral yang terletak di Tanjung Karang, Selangor.

Sesuai dengan nama kedainya, sajian yang menjadi tumpuan pastinya nasi goreng yang dilimpahi isi makanan laut segar dalam porsi yang cukup besar.

Baru-baru ini, SinarPlus berkesempatan menghubungi pemiliknya, Nooranita Kassim.

Kata Nooranita, selepas larangan merentas negeri dimansuhkan, beliau bersyukur kerana perniagaannya semakin laris dan dikenali.

“Perkataan ‘viral’ pada menu masakan saya sememangnya menjadi antara daya penarik utama,” katanya penuh keterujaan.

Baca juga Bakar kambing perap dalam buluh, resipi istimewa dua beradik jadi sensasi di Kedah buat ramai sanggup beratur panjang

Iklan
Iklan

Ujar usahawan itu lagi, pertaruhan beliau menyajikan udang galah dan sotong bersaiz jumbo ditambah dengan keenakan nasi goreng telah membuatkan ramai orang berpusu-pusu ke premisnya.

Disebabkan tidak terlalu berkira soal penyajian dan lebih mementingkan kepuasan pelanggan, perniagaan di Nasi Goreng Melimpah Viral terus menjadi ‘kegilaan’.

Tidak henti-henti melafazkan kalimah ‘alhamdulillah’, Nooranita memberitahu, sejak Nasi Goreng Melimpah Viral dibuka pada Januari tahun lalu, kehadiran pelanggan memang tidak putus-putus.

“Memang tidak menang tangan dibuatnya, tapi kami gembira dengan reaksi ini.

Baca juga Aroma arang kayu bakau rahsia kelazatan Ayam Tempayan Serkam, padanlah ramai sanggup datang dari jauh

“Kalau ditanya tentang rahsia kesedapan nasi goreng ini, kami sebenarnya menggunakan air rebusan daging, sotong atau kambing untuk dijadikan pelengkap resipi.

“Nasi goreng udang misalnya, air rebusan udang dijadikan bahan penambah rasa dalam setiap tumisan bagi memastikan nasi mempunyai lebih aroma udang.

Begitu juga nasi goreng sotong dan kambing,” katanya yang tidak kedekut berkongsi ilmu.

Apa yang SinarPlus boleh katakan, walaupun terpaksa menunggu lama, anda sesekali tidak akan merungut, marah atau menyesal kerana nasi goreng pilihan dengan saiz XL hanya dijual pada harga RM13.90! Memang tidak masuk akal, bukan?

Baca juga Makan dalam hutan lengkap tempat mandi-manda, restoran privasi ini yang ramai tidak tahu

“Untuk porsi sebegitu, biasanya boleh dimakan untuk dua atau tiga orang.

“Saya kira apa yang kami tawarkan, sangat berpatutan. Memang menjimatkan,” ujarnya yang merancang untuk membuka cawangan baharu atas nama jenama sama di kawasan Lembah Klang pada masa akan datang.

Nooranita menambah, beliau juga menawarkan seleksi makanan yang lain. Antaranya seperti nasi goreng dengan tongkeng ayam, puyuh dan belut. Pelanggan juga boleh mempertimbangkan variasi makanan Barat pada harga bajet bermula RM3.90 hingga RM20.90.

Kepada peminat mi dan soto, Nasi Goreng Melimpah Viral juga menyediakan sajian kegemaran anda itu yang pastinya sedap dan juga dalam saiz yang besar.

Nasi Goreng Melimpah Viral

  • Alamat: Batu 10, Jalan Bernam, Tanjung Karang, Selangor
  • Waktu operasi: 1 tengah hari hingga 12 tengah malam (Isnin tutup)
  • Menu signatur: Nasi goreng udang galah dan sotong
  • Harga: Bermula RM3.90 hingga RM79.90
  • Facebook: nasigorengmelimpahviral
  • Instagram: @nasigorengmelimpahviral

Sajian istimewa dengan porsi yang melimpah pasti akan membuatkan sesiapa pun terliur.

Disebabkan faktor itu, SinarPlus mendapati, setiap premis yang menawarkan pendekatan sebegitu akan dibanjiri dengan pelanggan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Tidak hanya di Nasi Goreng Melimpah Viral di Tanjung Karang, Selangor menjadi tumpuan ramai, terdapat destinasi di Johor, Melaka, Perak dan Kedah memiliki keistimewaan sama.

Berikut empat lagi destinasi makan-makan yang boleh dipertimbangkan pembaca SinarPlus:

Nasi Goreng Udang Banjir

  • Alamat: SSI Corner, No 24 Medan Selera Jalan Panglima, Bukit Gantang, Ipoh, Perak
  • Waktu operasi: 7 pagi hingga 10 malam
  • Menu signatur: Nasi Goreng Udang Banjir
  • Harga: Bermula RM17.50
  • Facebook: Gerai Nasi Goreng Udang SSI Corner

Nasi Lemak Sotong Tepung Selambak

  • Alamat: Jalan Tampin Tengah, Tampin, Melaka
  • Waktu operasi: 3 petang hingga 10 malam (Khamis tutup)
  • Menu signatur: Nasi Lemak Sotong Selambak
  • Harga: Harga bergantung pasaran semasa
  • Facebook: Semangkuk

Nasi Goreng Sotong Banjir

  • Alamat: No. 110-111 Pusat Perniagaan Kilang Lama, Kulim, Kedah
  • Waktu operasi: 3.30 petang hingga 12 malam
  • Menu signatur: Nasi Goreng Sotong Banjir
  • Harga: Harga bergantung pasaran semasa
  • Facebook: Bangjie Kitchen
  • Instagram: @bangjiekitchen

Nasi Goreng Gear Box

  • Alamat: No.31, Jalan Serangkai 11, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam
  • Menu signatur: Nasi Goreng Gear Box
  • Harga: Bermula RM15 hingga RM20
  • Facebook: Pak Eh
Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

1 hour ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

5 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

6 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

6 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

9 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

11 hours ago