Ikan bawal masak tomato lauk lengkap bersama anak-anak

IKAN bawal terkenal dengan isinya yang lembut.

Bagi ibu muda, jika sudah buntu untuk memasak menu ikan bawal, korang boleh cuba resipi ikan bawal masak tomato ini.

Masa untuk memasak juga tidak terlalu lama dan menu ini sangat mudah dan sedap.

Rasa yang lengkap masam, manis, masin dan sedikit pedas amat sesuai jika dinikmati bersama anak kecil.

Iklan
Iklan

Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Ann Shah ini.

Katanya, anak-anak menjamu selera hingga menjilat jari jika pekena menu ini.

Bahan-bahannya;

Ikan Bawal

Bahan sos;

  • 3 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 2 biji tomato – dibelah 6
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 inci halia – dihiris halus
  • 1 biji bawang besar – dihiris kasar/potong bulat
  • 3 tangkai cili padi – diketuk
  • 1 kiub serbuk pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit daun ketumbar – dicincang

Cara membuatnya;

1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak, angkat dan ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah,  putih dan halia hingga naik bau. Masukkan sedikit air serta sos cili dan sos tomato.

3. Masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam. Gaul mesra kemudian masukkan ikan dan masak hingga kuah agak pekat.

4. Akhir sekali masukkan bawang besar, tomato dan cili padi. Biar sekejap dan tutup api. Hidang dan taburkan daun ketumbar.

Cuba juga Rahsia pengikat suami, sup mamak ‘power’ semangkuk tak cukup

Semoga bermanfaat.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

KPN lawat Mohd Hasif tanda sokongan moral, mangsa serangan di Balai Polis Ulu Tiram kini stabil

KETUA  Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan lawatan kebajikan ke atas seorang…

1 hour ago

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

15 hours ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

18 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

18 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

19 hours ago