Permata tersembunyi di Langkawi, masih terdapat destinasi geopark purba yang ramai orang tak tahu

LANGKAWI memiliki segala-galanya yang diinginkan oleh pelancong. Bermula dengan aktiviti membeli-belah di zon bebas cukai, menikmati sajian di deretan restoran yang enak, malah pesona pantainya memang memikat hati.

Namun, jika pembaca SinarPlus inginkan kelainan dalam liburan pada masa akan datang, kami mencadangkan anda meneroka Kubang Badak Biogeotrail yang memiliki 12 permata tersembunyi.

Ketika memenuhi jemputan pada Program Ekspresi Media Langkawi 2021, antara destinasi yang sempat penulis lawati adalah di Bukit Menora, Gua Pinang, Pulau Dangli, Pulau Jemuruk dan Tanjung Didih.

Ketika berkongsi informasi mengenai Kubang Badak Biogeotrail yang memiliki keluasan kira-kira 50 hektar itu, pemandu pelancong, Nur Iqramullah Othman atau Uda berkata, selain terdapat kira-kira 25 spesies pokok bakau yang jarang ditemui di dunia, setiap bukit dan pulau yang terdapat di sana mempunyai cerita tersendiri.

Bukit Menora misalnya, merupakan tapak pengeluaran utama arang kayu pokok bakau minyak dan bakau kurap yang diusahakan masyarakat Siam sejak tahun 1841 lagi.

Iklan
Iklan

Baca juga Arca Dasar Laut tarikan seni visual baru Langkawi

Maka, tidak hairanlah binaan kebuk arang berusia lebih 150 tahun yang dipercayai diperbuat daripada batu sungai masih boleh ditemui di kawasan bukit tersebut.

“Secara keseluruhannya, terdapat lebih kurang 15 kebuk arang dibina dengan bentuk bulat seperti kubah di kawasan hutan sepanjang sungai ini.

Baca juga Rumah tradisi 200 tahun menjadi tumpuan dunia, padanlah vila warisan ini tersenarai destinasi wajib singgah di Langkawi

“Setiap daripadanya boleh memuatkan hingga 1,500 batang kayu bakau yang dibakar selama sebulan. Sebab itu, kualiti kayu arang yang dihasilkan di sini antara yang terbaik. Menariknya lagi, laluan sungai di kawasan ini juga dikatakan menjadi lubuk emas buat pedagang dari China dan India pada zaman dulu.

“Pun demikian, semua aktiviti tersebut dihentikan selepas kawasan ini mendapat pengiktirafan sebagai Langkawi UNESCO Global Geopark pada tahun 2007,“ katanya.

Beralih kepada kisah Gua Pinang yang terletak di Bukit Pinang, Uda berkata, ia merupakan gua yang berusia hampir 500 tahun.

Baca juga Aplikasi EyeJack hidupkan semula foto lama, usaha kreatif Balai Seni Negara Langkawi berjaya curi tumpuan pengunjung cilik

Berdasarkan pemerhatian penulis, gua laut purba yang terbentuk akibat hempasan ombak yang kaya dengan pelbagai formasi stalaktit dan stalagmit pada dinding batu itu, masih ditimbuni lambakan cengkerang siput dan tiram kuno.

“Jika bertuah, pengunjung boleh melihat sendiri ‘penghuni gua‘ iaitu lebih 6,000 kelawar buah dan serangga. Pun begitu, terdapat waktu tertentu yang ditetapkan untuk mengunjungi Gua Pinang ini memandangkan aktiviti kuari masih aktif di kawasan berhampiran,“ ujar Uda.

Baca juga Terjah hidden gem Pulau Langkawi, rupa-rupanya terdapat port yang masih ramai belum tahu

Sepanjang menyelusuri Sungai Kubang Badak dan Sungai Siam selama lebih dua jam, penulis dan rombongan media lain juga dibawa meninjau destinasi menarik lain.

Antaranya di Pulau Jemuruk yang menjadi tapak geologi penemuan fosil kambria, aktiviti memberi ikan di Pulau Dangli dan sumber air masih panas di Tanjung Didih.

Kubang Badak Biogeotrail

  • Alamat: Kubang Badak, Pulau Langkawi, Kedah
  • Harga: Pakej bermula RM450
  • Aktiviti: Kembara hutan, bot laju, snorkeling, memancing, beri makan ikan
  • Laman web: langkawigeopark.com.my
  • Facebook: Boat Tour Sungai Kubang Badak Mangrove Langkawi Geopark

 

Malaysia cukup bertuah kerana memiliki keunikan alam semula jadi dan tapak geologi yang mendapat pengiktirafan dunia.

Selain Kubang Badak Biogeotrail, terdapat beberapa lokasi tapak geologi yang tidak kurang hebatnya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Berikut tiga lagi destinasi yang boleh dipertimbangkan untuk dilawati lebih-lebih lagi jika anda seorang pencinta alam semula jadi:

Jerai Geopark

  • Alamat: Guar Chempedak, Kedah
  • Tempat menarik: Tapak Arkeologi Sungai Batu, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Gunung Jerai, Tanjung Dawai dan Pulau Jerai Geopark
  • Keluasan: 816 kilometer persegi
  • Harga: Pakej bermula RM85 (seorang) dan RM850 (satu bot)
  • Aktiviti: Island Hopping di empat pulau iaitu Pulau Bunting, Pulau Song Song, Pulau Telor dan Pulau Bidan
  • Facebook: Kedah Tourism

Lembah Kinta Geopark

  • Alamat: Perbadanan Taman Negeri Perak, Ipoh, Perak
  • Tempat menarik: Gunung Panjang, Gunung Datok, Lata Ulu Chepor, Gunung Kanthan, Gunung Lang, Hutan Lipur Ulu Kinta, Gunung Tasek, Mata Air Panas Lubuk Timah, Gua Naga Mas dan Gua Matsoorat
  • Keluasan: 1,952 kilometer persegi
  • Aktiviti: Mendaki gunung, air terjun dan meneroka gua
  • Facebook: Geopark Lembah Kinta

Labuan Geopark

  • Alamat: Wilayah Persekutuan Labuan
  • Tempat menarik: Batu Pasir Belait Atas Tanjung Kubong, Batu Kapur Terumbu Pulau Burong, Hutan Bakau Kinabenuwa dan Batuan Sedimen Temburong Bebuloh Darat
  • Keluasan: 401.6 kilometer persegi
  • Harga: Pakej bermula RM50 hingga RM617.50
  • Aktiviti: Island hopping Pulau Rusukan Besar, Chimney Trail, berkayak, snorkeling dan memancing
  • Laman web: www.labuantourism.my
Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Recent Posts

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ‘ Walaupun penat, kini kami bersatu semula’

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ' Walaupun penat, kini kami bersatu…

8 hours ago

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

2 days ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

2 days ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

2 days ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

2 days ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

2 days ago