Kaftan & pareo MAYANG By Anntsya selesa, tampak elegan. Aina Natasya pastikan desain masih kekalkan unsur tradisi Melayu

MAYANG By Anntsya antara jenama lokal yang semakin menjadi pilihan nona manis atau wanita sudah berstatus masa kini.

Diasaskan oleh seorang wanita berkaliber, Aina Natasya Norzaim, empunya diri berkata, kelahiran MAYANG By Anntsya adalah selari dengan kecenderungannya yang meminati semua elemen klasik baik dari segi material, item mahupun fabrik.

Lebih bermakna lagi, nama jenama MAYANG diberikan sendiri oleh ayah tercinta.

Baca ni ‘Suami pendorong, bimbing & lorongkan jalan…’. Julia Farhana tampil berhijab sepenuhnya, jadikan Bella Dally idola berfesyen!

“Nama ini memiliki sejuta makna. Ia menjadi identiti kepada butik saya. MAYANG By Anntsya antara lain menonjolkan keanggunan dan daya tarikan warisan tradisional Malaysia dalam setiap rekaan serta memberi sentuhan nostalgia yang bakal dihargai oleh pelanggan,” ungkapnya.

Mengetengahkan fesyen kaftan dan pareo sebagai tunjang utama, ujar pereka itu, setiap satu desain sangat mementingkan keselesaan.

Iklan
Iklan

Menurut Aina Natasya, konsep berkenaan sememangnya kena dengan kehendak kaum Hawa. Mereka masih boleh bergaya, tampak elok dan sensasi.

Baca lagi ‘Jangan terlalu paksa tubuh bekerja.’ Pereka fesyen & ikon fesyen Muslimah terkenal Dian Pelangi kongsi tip diet, bantu turun 12kg!

Biarpun nampak sederhana, namun gaya klasik dan minimalis pada potongan busana ditambah dengan paduan sentuhan moden membuatkan si pemakainya nampak elegan.

“Selain itu, rata-rata desain longgar dan labuh. Semua elemen yang dinyatakan akan anda peroleh apabila menyarungkan kaftan dan pareo jenama ini.

“Tambahan, fesyen ini juga sangat sesuai dengan iklim dan tema budaya tempatan yang ingin diketengahkan oleh kami,” katanya.

Kepada satu soalan, ujar Aina, dalam menghasilkan satu-satu rekaan, masa yang diperuntukkan berbeza-beza.

 

Ia bergantung kepada kerumitan dan ketelitian (rekaan), bilangan pakaian dalam koleksi serta keperluan memenuhi stok sedia ada.

Dari segi material pula, MAYANG By Anntsya mengguna pakai kain satin sutera, sifon dan batik pareo yang memiliki standard yang tinggi.

Baca lagi Lady of Leisure cipta kelainan untuk koleksi cinta. Terap elemen puisi, seni lukisan dalam fesyen

“Sementara untuk warna pula, saya mengutamakan rona yang mencerminkan keindahan alam Malaysia dan motif batik yang terkenal. Dengan kombinasi warna yang menarik, saya percaya, ia dapat menonjolkan rekaan unik jenama kami,” ungkapnya.

Jika ditanya tentang harga, ia sangat berpatutan. Masakan tidak dengan fabrik yang bermutu, setiap sentuhan MAYANG By Anntsya dijual pada harga antara RM169 hingga RM189 sahaja.

BERANI BEREKSPERIMEN
Ramai wanita berpendapat, tidak semua orang sesuai memakai kaftan. Silap hari bulan, ada yang nampak seperti ‘mak cik-mak cik’.

Ada yang kata, pakaian jenis itu juga tidak sesuai disarungkan pada keraian tertentu.
Ketika memberi pandangan mengenai perspektif yang melingkari benak sesetengah wanita, Aina Natasya berkata, seseorang haruslah memilih busana mengikut tema majlis.

Baca lagi Graduan kejuruteraan, kini jadi pereka fesyen berjaya. Duan buktikan tiada yang mustahil

Bentuk badan juga perlu diambil kira termasuk signatur gaya peribadi individu itu sendiri.

“Itu yang harus menjadi keutamaan dalam memilih busana. Pun begitu, saya juga sering menggalakkan pelanggan untuk berani bereksperimen dengan gaya dalam proses mencari penampilan yang paling sesuai.

“Alhamdulillah, setakat ini, setiap desain yang ditawarkan oleh MAYANG sangat bersesuaian dengan semua tema majlis. Insya-ALLAH,” ungkapnya.

Jangan tidak percaya, jenama lokal daripada Aina Natasya turut berjaya menawan pelanggan dari Brunei, Singapura dan Australia.

Baca lagi “Kalau nampak saya pakai baju berfesyen, itu hanya untuk kerja semata-mata” – Sherry AlHadad

Dalam pada itu, Aina Natasya ditanya bagaimana beliau meraih inspirasi dalam mereka.
Dengan lontaran kata penuh profesional, ujar tuan punya badan, ia hadir daripada pelbagai sumber.

Antaranya menerusi penjelajahan budaya dan trend fesyen semasa. Adakalanya ia datang daripada ilham bernas para pelanggannya yang memiliki 1,001 cita rasa.

Paling penting, setiap sentuhannya mesra untuk setiap bentuk tubuh badan pelanggan.

“Bila mereka pakai kaftan atau pareo kami, ia secara automatik dapat menyuntik keyakinan dalam diri mereka,” tuturnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Share
Zaiton Manaf

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

10 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

11 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

12 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

13 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

18 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

18 hours ago