Kenali GIST, kanser jarang jumpa yang dideritai pengacara terkenal, Naz Rahman. Semua orang kena peka

Kenali GIST, kanser jarang jumpa yang dideritai pengacara terkenal, Naz Rahman. Semua orang kena peka

BERDASARKAN statistik, kira-kira 4,000 hingga 6,000 kes penduduk di Amerika Syarikat yang didiagnosis menghidap kanser jarang berlaku iaitu Gastrointestinal stromal tumor (GIST), lapor American Cancer Society (ACS).

Sehingga akhir 1990-an, tidak banyak diketahui tentang tumor tersebut.

Pakar juga masih belum menemui kaedah terbaik untuk mengenal pasti masalah tersebut meskipun pelbagai ujian makmal dilakukan.

SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

Menurut ACS, GIST bukan kanser biasa dan jumlah mereka yang disahkan menghidap tumor itu setiap tahun juga tidak diketahui.

Apa itu GIST? GIST adalah kanser yang jarang berlaku dan bermula pada dinding saluran penghadaman atau dikenali sebagai trek gastrousus.

Iklan
Iklan

Bercakap soal GIST, beberapa hari lalu, pengacara yang sinonim dengan program Jalan-Jalan Cari Makan, Naz Rahman mendedahkan dirinya ialah bekas pesakit GIST lebih empat tahun lalu.

Sepanjang menderita penyakit berkenaan, Naz telah 10 kali menjalani pembedahan membuang tumor di dalam perut.

Natijahnya, berat badannya susut 14 kilogram.

Tumor tersebut sudah berjaya dikeluarkan dan keadaan tersebut telah mengurangkan 15 peratus saiz perutnya.

SUMBER Ketut Subiyanto daripada PEXELS.

Sehingga kini, Naz masih menjalani pemeriksaan kesihatan untuk menggelakkan peristiwa sama berulang.

Seperti yang ramai sedia maklum, kanser berlaku apabila sel-sel dalam badan mula tumbuh secara tidak terkawal.

Sel-sel pada mana-mana bahagian badan boleh menjadi kanser dan akan merebak ke bahagian badan lain.

Tidak berapa lapar

Ujar ACS, GIST kebiasaannya terjadi di dalam perut dan usus kecil.

Pun demikian, saluran sistem pencernaan juga berpotensi untuk berlaku.

SUMBER Towfiqu Barbhuiya daripada UNSPLASH.

Baca juga: Baru berusia 3 tahun, Abang terpaksa jalani kemoterapi kerana kanser perut

“GIST ringan tidak menampakkan sebarang gejala namun ia mungkin tumbuh secara perlahan sehingga tidak menunjukkan sebarang masalah pada awalnya.

“Bagaimanapun, apabila GIST mula membesar, ia akan menunjukkan beberapa tanda atau simptom,” katanya.

Sementara itu, laman perubatan, Mayo Clinic menyenaraikan beberapa simptom GIST yang perlu diwaspadai. Antaranya:

1) Sakit perut.
2) Rasa ketumbuhan dalam perut.
3) Keletihan.
4) Loya.
5) Muntah-muntah.
6) Kekejangan pada perut selepas makan.
7) Tidak berasa lapar.
8) Berasa kenyang walaupun makan sedikit sahaja.
9) Najis berwarna gelap disebabkan oleh pendarahan dalam sistem penghadaman.

Rawatan

Mengenai kaedah perawatan, Mayo Clinic berkata, rawatan GIST kebiasaanya melibatkan pembedahan dan terapi bersasar.

SUMBER National Cancer Institute daripada UNSPLASH.

Namun demikian, ia turut bergantung kepada situasi pesakit.

“Sesetengah GIST tidak memerlukan rawatan segera dan GIST ringan yang tidak mempunyai gejala mungkin tidak memerlukan rawatan.

“Pun demikian, pemeriksaan diperlukan untuk memantau sekiranya kanser berkenaan membesar dan memerlukan rawatan,” katanya.

Baca juga: Jangan lalai dan pandang mudah. Obesiti, muntah, perut kejang dan najis berdarah antara petanda kanser usus

Pesan Mayo Clinic, tidak kira pesakit telah sembuh atau masih menerima rawatan, mereka perlu bertemu dengan doktor.

Ini kerana kanser tersebut kadangkala akan berulang selepas rawatan.

Oleh yang demikian, kita semua dinasihatkan untuk melihat perubahan diri terutamanya jika mengalami pengurangan berat badan yang sangat ketara.

Apa-apapun kita berharap selebriti kesayangan kita, Naz sembuh sepenuhnya.

Tak sabar nak tengok beliau mengacara rancangan makan-makan lagi.

Baca juga: Sakit pada bahagian ketiak tak boleh diperlekehkan, mungkin itu petanda kanser

Baca juga: Nas Adila berjuang lawan kanser payudara, mula rawatan kemoterapi. ‘Moga ALLAH pinjamkan kekuatan-NYA.’

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
nurul.shahamah

Recent Posts

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ‘ Walaupun penat, kini kami bersatu semula’

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ' Walaupun penat, kini kami bersatu…

10 hours ago

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

2 days ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

2 days ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

2 days ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

2 days ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

2 days ago