Khasiat lidah buaya untuk rambut anda

LIDAH buaya merupakan salah satu tumbuhan yang terkenal dengan khasiatnya yang banyak. Bukan sahaja boleh membantu merawat pelbagai penyakit tetapi anda juga boleh menggunakan lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang sihat.

  1. Merangsang pertumbuhan rambut

Manfaat pertama lidah buaya untuk rambut adalah bahawa ia dapat merangsang pertumbuhan rambut. Kandungan vitamin dan mineral dalam lidah buaya dipercayai membantu merangsang pertumbuhan rambut.

Lidah buaya juga dikatakan boleh digunakan untuk bayi dan kanak-kanak. Oleh itu, anda sebagai ibu bapa tidak perlu rungsing dalam penjagaan rambut anak-anak kerana lidah buaya adalah jawapannya.

Iklan
Iklan
  1. Menghalang keguguran rambut

Keguguran rambut adalah masalah rambut yang agak merisaukan. Risau jika tidak diatasi akan botak. Selain merangsang pertumbuhan rambut, lidah buaya juga mempunyai manfaat untuk menyuburkan kulit kepala dan rambut sehingga rambut menjadi lebih kuat.

  1. Mengatasi masalah rambut berminyak

Rawatan dengan menggunakan lidah buaya adalah sesuai untuk semua jenis rambut. Rambut yang berminyak akan menyebabkan kegatalan kepada kulit kepala dan buat rambut berbau. Bagi mengatasi masalah tersebut anda boleh menggunakan lidah buaya kerana ianya tidak membuatkan kulit kepala anda kering.

  1. Mengurangkan masalah kelemumur

Aloe vera mempunyai ciri-ciri anti-kulat. Ekstrak atau gel Aloe apabila digunakan pada kulit kepala, ia membantu mengurangkan kelemumur. Ketika anda mengaplikasikan lidah buaya di rambut terdapat cooling sensation yang akan anda dapat rasakan di kulit kepala sehingga kepala berasa gatal akan terasa selesa.

  1. Mengatasi masalah rambut bercabang

Gel lidah buaya membantu dalam mengurangkan rambut bercabang. Campuran ekstrak lidah buaya dan jus lemon dalam jumlah yang sama dan sapukan pada hujung rambut anda. Biarkan seketika kemudian basuh dengan air suam. Lidah buaya membantu menghilangkan minyak dan kekeringan pada hujung rambut yang mampu menghalang masalah rambut bercabang.

Cara menggunakan lidah buaya untuk rambut:

Foto: Unsplash

Anda boleh memperolehi khasiat daripada lidah buaya dengan cara menggunakan lidah buaya sebagai masker rambut secara rutin. Berikut adalah langkah-langkah menggunakan masker rambut lidah buaya:

  • Sediakan dua lembar lidah buaya berukuran sederhana dan besar
  • Potong serta kupas lidah buaya dan ambil bahagian dalam kulit dan gelnya.
  • Hancurkan kulit dalam sehingga halus dan campur dengan gelnya.
  • Letakkan gel lidah buaya tersebut ke seluruh rambut.
  • Jangan lupa ketika diletakkan di kulit kepala digalakkan mengurut selama 1-3 minit.
  • Biarkan selama 30 minit sehingga 1 jam.
  • Bilas rambut sehingga bersih.
  • Lakukan kaedah ini satu atau dua minggu sekali untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat.

Kaedah menggunakan lidah buaya untuk rambut mendapat pelbagai manfaat sekiranya anda lakukan secara konsisten, jadi selamat mencuba!

PENULIS: FATIN SYAZWANI MOHD HANIF

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

14 hours ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

16 hours ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

18 hours ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

20 hours ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

23 hours ago

Glamping pod kelapa di tengah laut, ini antara tarikan percutian rare di Langkawi

JIKA sebut jer tentang Langkawi, pasti ramai membayangkan daerah kepulauan tersebut antara tempat percutian yang…

24 hours ago