‘…kita semua makan makanan sama, tapi saya saja yang muntah’. Doktor ini jelaskan semuanya

BEBERAPA hari lalu kecoh tentang kejadian dua beradik warga Myanmar yang maut dipercayai selepas makan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, Langkawi.

Kalau ikutkan logik, makanan yang tersisa dalam tong sampah bukan sahaja kotor, malah boleh bertukar menjadi racun.

Merujuk laman web Hello Doktor, organisma berjangkit seperti bakteria, virus, parasit atau toksik adalah punca utama keracunan makanan.

Sesiapa sahaja yang boleh mengalami situasi itu tidak mengira usia.

Menyentuh mengenai perihal keracunan makanan, perkongsian di laman Facebook seorang doktor perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menarik perhatian SinarPlus.

Iklan
Iklan

Kata Dr Kamarul, tidak mustahil kalau semua orang makan makanan yang sama, tetapi seorang sahaja yang mengalami keracunan makanan.

“Hari-hari saya ada pesakit yang datang dengan gejala keracunan makanan. Biasanya pesakit akan kata dia ada makan di luar (kedai) atau bungkus makanan dari kedai dan makan di rumah.

“Kadang-kadang satu keluarga keracunan makanan, kadang-kadang salah seorang sahaja terkena. Mustahil tak kalau semua makan makanan yang sama, tapi seorang sahaja yang keracunan? Tak mustahil,” katanya dalam entri berkenaan.

Baca juga Hati-hati, Norovirus dijangkiti melalui makanan tercemar

Jelas beliau, keracunan makanan datang bukan sahaja disebabkan makanan yang dicemari kuman atau racun seperti daging, telur mentah, malah sayur yang tidak dicuci dan makanan basi juga boleh menjadi punca.

Pada masa sama, peralatan yang digunakan seperti pinggan, sudu dan cawan juga mempengaruhi.

“Jadi, jika kita makan makanan yang sama, tetapi seorang sahaja yang alami muntah-muntah dan cirit birit, kebarangkaliannya ia disebabkan oleh peralatan yang telah tercemar,” katanya.

BOLEH BERJANGKIT

Ujar Dr Kamarul Ariffin lagi, gejala keracunan makanan boleh berjangkit, walaupun seseorang itu tidak makan makanan yang tercemar.

“Kalau pesakit alami muntah-muntah, penjaga yang uruskan anak itu boleh turut terkena keracunan, khususnya untuk keracunan yang melibatkan kuman.

“Penjaga yang membersihkan muntah yang mempunyai kuman di dalamnya, boleh dijangkiti oleh kuman tersebut dan mendapat gejala yang sama kemudiannya,” ungkapnya.

Antara kuman yang menyebabkan keracunan makanan adalah seperti Escherichia coli, Salmonella, Campylobacter, Staphylococcus aureus, Norovirus

dan lain-lain.

Maka, amat penting untuk penjaga untuk mencuci pakaian dan apa-apa yang terkena muntah dengan cermat. Anggota tubuh pesakit dan penjaga perlu dibersihkan dengan betul juga pesannya.

Melihat kepada perkongsian Dr Kamarul Ariffin, diharapkan anda di luar sana jelas tentang isu keracunan makanan.

Berhati-hati ya, kerana jika tersalah langkah boleh mengakibatkan nyawa melayang.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kalau anda masih teringat, berlaku dua kes kematian akibat keracunan makanan selepas makan laksa yang dibeli dari sebuah premis di Kupang, Baling, Kedah.

Ia bukan sahaja menyebabkan kematian, malah seramai 83 orang dimasukkan ke hospital di Perak, Kedah dan Selangor.

Difahamkan kesemua mereka mi laksa di premis yang sama. Apabila disiasat dan berdasarkan keputusan makmal mendapati bahawa terdapat Salmonella enterica serovar weltevreden.

Sebenarnya banyak kes lagi yang berlaku, tetapi apa-apapun sama-sama kita berwaspada.

Share
Nur Suhaima Nordin

Recent Posts

Anggota Malbatt, Sarjan Faridah meninggal dunia di Lubnan. ‘Jumaat lalu pertemuan terakhir bersama 4 anak kami’

SUAMI mana yang tidak terkejut apabila mendapat berita mengenai kematian isterinya. Lebih memilukan,  Jumaat yang…

6 hours ago

‘Kalau aku jumpa mak pak hang…’ Lelaki muat naik komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapa Naim Daniel kini ditahan polis

"INI kalau jumpa mak pak hang (kau), aku sembelih hidup-hidup'. Demikian ugutan yang diterima penyanyi…

12 hours ago

Reproduktif wanita: Awasi pendarahan abnormal. Kenali dan fahami petanda awal sebelum terlambat

KESEDARAN dan pemahaman terhadap penjagaan sistem reproduktif wanita amatlah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan secara…

19 hours ago

‘7 jam di sisi keranda anak, bila pandang menitis air mata.’ Perkongsian bapa Konstabel Ahmad Azza Fahmi meruntun hati

JENAZAH Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram,…

1 day ago

Fatin Afeefa & Opai timang cahaya mata sulung? ‘Doakan yang baik-baik, belum bersedia untuk berkongsi’

MUNCUL desas- desus yang mengatakan pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa baru melahirkan cahaya mata sulung…

1 day ago

Dulu penoreh getah dengan pendapatan RM500, kini bergelar jutawan. Lelaki ini mahu gunakan untuk pendidikan anak & bina rumah

Seorang penoreh getah tidak menyangka bahawa dia terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil…

1 day ago